Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

188) PERMOHONAN PERUNTUKAN OLEH TOURISM SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan permohonan peruntukan yang dikemukakan oleh Tourism Selangor kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2016.

    Tourism Selangor telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelancongan (Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Selangor) melalui permohonan bertulis, bertarikh  15 Mac    Sejajar  dengan lawatan yang telah dilakukan oleh YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ke Negeri Selangor pada  tahun 2015 di Hulu Selangor  dan Klang, serta pada tahun 2016 lepas di sekitar Daerah Sabak Bernam.

    Bersama    Tourism Selangor   beberapa  PBT  dan agensi turut                    mengemukakan permohonan peruntukan seperti yang berikut :

     

    BIL.

     

    AGENSI

     

    PROJEK PERMOHONAN

     

    ANGGARAN PERMOHONAN PERUNTUKAN (RM)

     

    1.

     

    Tourism Selangor

     

    i.     Menaiktaraf Chongkak Park & Resort

    ii.  Membaiki dan menaiktaraf Rumah Rehat Sri Berkat

     

    7.668 juta

     

    2.

     

    Majlis Perbandaran Klang

     

    i.   Menaiktaraf kemudahan Royal Klang Heritage Walk

    ii.  Pembangunan Kemudahan Pelancongan di Pulau Ketam

     

    2.2 juta

     

    3.

     

    Majlis Daerah Hulu Selangor

     

    i.       Menaiktaraf The Gap

    ii.     Menaiktaraf Kemudahan Pelancongan Hutan Pendidikan Kuala Kubu Bharu

    iii.  Menaiktaraf Bandar Kuala Kubu Bharu, Warisan Bandar Taman

    vi. Menaik Taraf Balai Bomba Lama Kuala Kubu Bharu

    v.   Menaiktaraf Labour Lines ,

    Bukit Fraser

    vi.  Pembinaan Kemudahan Pelancongan di lokasi Bersejarah Darurat Pembangunan Sir Henry Gurney

     

    17.947 juta

     

    4.

     

    Majlis Daerah Sabak Bernam

     

    i.       Menaiktaraf Pusat Pemerhatian Kelip-Kelip Sg Pakeh

    ii.  Menaiktaraf Pusat Konservasi Burung Enggang

    iii.  Menaiktaraf Pantai Redang

     

    4.5 juta

     

    5.

     

    Galeri Diraja Klang

     

    i. Menaiktaraf Ruang Pameran dan Setor Penyimpanan Galeri Diraja

     

    2.5 juta

         

    JUMLAH (RM):

     

    34.815 juta

  2. Nyatakan status terkini 5 permohonan peruntukan yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan setelah pembentangan Tourism Selangor sebagai tindakan susulan lawatan YB Menteri Pelancongan ke Kuala Kubu Bharu.

    Dimaklumkan satu sesi taklimat dan pembentangan (Second Rolling Plan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah diadakan pada 16 Mac  2016  (Rabu)  di City Hotel@One  City Subang Jaya.

    Tourism Selangor dan agensi-agensi lain iaitu, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Daerah Hulu Selangor dan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz telah menyenaraikan serta memohon peruntukan kepada Kementerian Pelancongan dan kebudayaan Malaysia dengan menghantar kertas kerja dan cadangan projek pembangunan dan menaiktaraf tempat pelancongan bagi projek RMK11.

    Berikut adalah senarai taklimat yang telah diberikan oleh pihak agensi yang berkaitan:-

     

    BIL.

     

    AGENSI

     

    TAKLIMAT PROJEK PERMOHONAN

     

    1.

     

    Tourism Selangor

     

    i.     Menaiktaraf Chongkak Park & Resort

    ii.  Membaiki dan menaiktaraf Rumah Rehat Sri Berkat

     

    2.

     

    Majlis Perbandaran Klang

     

    i.   Menaiktaraf kemudahan Royal Klang Heritage Walk

    ii.  Pembangunan Kemudahan Pelancongan di Pulau

    Ketam

     

    3.

     

    Majlis Daerah Hulu Selangor

     

    i.       Menaiktaraf The Gap

    ii.     Menaiktaraf Kemudahan Pelancongan Hutan Pendidikan Kuala Kubu Bharu

    iii.  Menaiktaraf Bandar Kuala Kubu Bharu, Warisan Bandar Taman

    vi. Menaik Taraf Balai Bomba Lama Kuala Kubu Bharu

    v.   Menaiktaraf Labour Lines , Bukit Fraser

    vi.  Pembinaan Kemudahan Pelancongan di lokasi Bersejarah Darurat Pembangunan Sir Henry Gurney

     

    4.

     

    Majlis Daerah Sabak Bernam

     

    i.    Menaiktaraf Pusat Pemerhatian Kelip-Kelip Sg Pakeh

        ii.  Menaiktaraf Pusat Konservasi Burung Enggang

    iii.  Menaiktaraf Pantai Redang

     

    5.

     

    Galeri Diraja Klang

     

    i. Menaiktaraf Ruang Pameran dan Setor Penyimpanan Galeri Diraja

    Berikutan dengan sesi taklimat itu, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah mengemukakan permohonan tersebut kepada pihak EPU (Economic Planning Unit) di Jabatan Perdana Menteri. Pihak EPU akan menyenarai pendek projek yang dipilih untuk sesi taklimat yang berikutnya. Dijangka keputusan permohonan akan diperolehi pada bulan September 2016.

    Walau bagaimanapun Tourism Selangor telah berjaya peruntukan sebanyak RM2.5 juta melalui projek pembangunan pelancongan Hutan Lipur Kancing bagi RMK11 (First Rolling Plan) dan status terkini projek pembangunan tersebut ialah diperingkat pemilihan kontraktor yang dijalankan sendiri oleh  pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.