Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

198) PERMOHONAN PEMBERIMILIKAN TANAH KEDIAMAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah benar bahawa permohonan pemberimilikan tanah Kerajaan yang merupakan tanah kediaman kini telah dibekukan/ tidak diterima oleh Kerajaan Negeri Selangor dan apakah sebabnya?

    1. Kerajaan Selangor tidak membekukan mana-mana permohonan pemberimilikan tanah kerajaan bagi tujuan bangunan kediaman. Walau bagaimanapun, pemohon perlulah mematuhi syarat-syarat di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara 1965 iaitu :

     

    1. Orang-orang yang benar selain remaja;

     

    1. Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan mereka untuk memegang tanah;

     

    • Raja-Raja Pemerintah, Kerajaan, Organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan-peruntukan ordinan keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957; dan

     

    1. Badan-badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang

Lampiran

Tiada Lampiran.