Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

282) PERMOHONAN MERANCANG PEMBANGUNAN TANAH

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria-kriteria yang digunakan oleh pihak Berkuasa Perancang,untuk meluluskan permohonan perancangan pembangunan tanah?

     

    Kriteria-kriteria yang diguna pakai oleh PBT untuk meluluskan permohonan perancangan pembangunan tanah adalah seperti berikut :-

     

    i)                    Rancangan Tempatan PBT masing- masing

    Permohonan dan jenis pembangunan yang dicadangkan hendaklah berdasarkan kepada zon guna tanah, kelas kegunaan tanah, plot ratio, densti dan sebagainya yang dibenarkan di dalam Rancangan Tempatan.

     

    ii)                  Keadaan Fizikal Tanah
    • Kedudukan tanah yang melibatkan kepada keadaan fizikal tanah juga akan dinilai semasa mempertimbangkan kelulusan. Ini termasuklah :
    • Keadaan tanah yang melibatkan kecerunan atau ketinggian tanah
    • Akses keluar masuk yang sah
    • Jenis pembangunan yang dicadangkan
    • Status tanah
    • Keadaan fizikal tanah

     

    iii)                Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Kedua)
    • Pematuhan terhadap garis panduan dan piawaian perancangan yang telah diluluskan untuk pemakaian oleh Kerajaan Negeri Selangor

     

    iv)                Ulasan-ulasan dari jabatan teknikal luaran dan dalaman
    • Ulasan dan juga pematuhan terhadap ulasan dan keperluan jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan seperti TNB, SYABAS,

     

    IWK, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya dan sebagainya.

     

  2. Berapa lama kah tempoh yang ditetapkan untuk sesuatu permohonan merancang diluluskan daripada tarikh ia dikemukakan?

    Permohonan Kebenaran Merancang perlu di bawa ke  Mesyuarat  Jawatankuasa Pusat Setempat dalam tempoh 40 hari dari tarikh penerimaan di kaunter OSC dan kelulusan penuh kebenaran merancang hendaklah diberi selepas 28 hari dari tarikh kelulusan OSC (iaitu 2 kali mesyuarat OSC) dengan syarat semua keperluan Jabatan Teknikal telah

Lampiran

Tiada Lampiran.