Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

112) PERMOHONAN MEMBINA KOLUMBARIUM DI PETALING JAYA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Persatuan Perkuburan Cina Petaling Jaya telah mengemukakan permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling untuk membina kolumbarium di sebidang tanah berdekatan dengan tapak mereka untuk menyelesaikan masalah kekurangan tanah perkuburan di Petaling Jaya. Apakah perkembangan terkini memandangkan perkara ini telah dikemukakan oleh pemohon sejak lebih setahun yang lalu.

  2. Persatuan juga telah menulis kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menjelaskan objektif permohonan mereka pada 27 September 2012. Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh MBPJ?

Lampiran

Tiada Lampiran.