Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
219) PERMOHONAN MEMBINA KOLUMBARIUM DI PETALING JAYA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terkini memandangkan perkara ini telah dikemukakan oleh pemohon sejak lebih dua tahun yang lalu?
Pihak pentadbiran sudah menyediakan Kertas Ringkasan bagi kelulusan pewartaan tapak ini.
-
Mengapakah Pejabat Tanah dan Daerah mengambil masa begitu lama untuk memproses permohonan ini?
Walaubagaimanapun pihak pentadbiran sedang menunggu pelan ukur baru yang perlu dikemukakan oleh pemohon bagi tapak Kolumbarium dan Krematarium tersebut kerana tapak yang dipohon sebelum ini didapati telah masuk ke sempadan simpanan jalan.