Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
101) PERMOHONAN MEMBINA DEWAN MPK 2 DI TAMAN MERU INDAH INDUSTRI
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status proses permohonan tukar status tanah tapak cadangan?
PEJABAT TANAH DAN DAERAH KLANG
- Tiada permohonan pewartaan bagi tapak Dewan MPK di Taman Meru Indah.
- Tidak berkenaan.
-
Bilakah jangkaan tempoh kelulusan?
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
- Majlis Perbandaran Klang perlu menyediakan publisiti awam untuk tukar gunatanah daripada kawasan lapang kepada dewan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan ke Pejabat Daerah/ Tanah Klang bagi tujuan kelulusan kegunaan tanah dan hakmilikan.
- Tempoh proses kelulusan di antara enam (6) bulan ke dua belas (12) bulan.