Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
101) PERMOHONAN MELEPASKAN TANAH BEKAS RINTISAN LAMA TNB
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status surat ADUN bertarikh 10 September 2015 bagi permohonan kepada TNB melepaskan tanah rintisan lama di Paya Jaras Hilir?
Surat ADN bertarikh 10 September 2015 telah dikemukakan oleh Pejabat ADN Paya Jaras kepada TNB bagi tujuan pembatalan talian TNB lama bagi membolehkan permohonan pemberimilikan tanah yang diusahakan oleh penduduk di bawah talian ini dapat disyor untuk diluluskan. Salinan surat ini juga turut dimajukan untuk perhatian PDT Petaling.
Walau bagaimanapun, berdasarkan maklumbalas ulasan teknikal yang dikemukakan oleh TNB kepada PDT Petaling bertarikh 06 Disember 2016, TNB tidak menyokong permohonan pemberimilikan tanah di bawah rintisan lama di Paya Jaras Hilir yang dimaksudkan kerana berdasarkan semakan TNB, tapak ini terlibat dengan laluan talian Pembahagian TNB iaitu 33kV dari Pencawang Elektrik Paya Jaras Hilir Tambahan ke Pencawang Elektrik Paya Jaras Hilir.