Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
141) PERMOHONAN MARRIS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status peruntukan Marris bagi membaiki jalan-jalan kampung yang telah rosak terutama jalan-jalan Kampung Sungai Udang dan Jalan Yadi di dalam kawasan DUN Selat Klang?
Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang akan sentiasa memastikan jalan-jalan kampung di bawah selenggaraan Pentadbiran ini dalam keadaan baik dan selamat dengan melaksanakan kerja-kerja baikpulih serta turapan mengikut skop dan garis panduan MARRIS yang ditetapkan. Di bawah peruntukan yang diluluskan bagi pelaksanaan PDT Klang, terdapat lima (5) projek melibatkan kerja-kerja membaikpulih jalan di Kampung Sungai Udang dan perincian status peruntukan bagi kerja-kerja tersebut adalah seperti berikut:-