Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

286) PERMOHONAN KUTIPAN SISA BINAAN UNTUK PBT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah KDEB Waste Management Sdn Bhd hanya menyediakan Permohonan Kutipan Sisa Binaan untuk Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) sahaja dan bukan untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) lain?

    Teras utama perkhidmatan KDEB adalah kutipan sisa pepejal domestik dan pembersihan awam. Kedua-dua perkhidmatan ini adalah skop perkhidmatan utama KDEB sebagai Project Management Company (PMC) yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor. Semua PBT diwajibkan untuk melantik KDEB bagi menguruskan kedua-dua skop perkhidmatan ini. Bagi skop perkhidmatan yang lain seperti kutipan sisa binaan,perlantikan KDEB adalah tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh pihak PBT sendiri. Sehingga ke hari ini, hanya Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) sahaja yang telah melantik KDEB untuk menguruskan kutipan sisa binaan di kawasan pentadbiran mereka mulai 21 November 2022.  Oleh yang demikian, perkhidmatan kutipan sisa binaan oleh KDEB buat masa ini hanya terhad di kawasan pentadbiran MPKL sahaja.

  2. Apakah pelan penyediaan permohonan ini secara terperinci untuk PBT lain sekiranya ada?

    Pada ketika ini, tiada lagi PBT lain yang melantik KDEB bagi menguruskan kutipan sisa binaan selain dari MPKL.  Sekiranya terdapat mana-mana PBT lain yang melantik KDEB sebagai kontraktor kutipan sisa binaan di masa hadapan, kaedah pelaksanaan dan modus operandinya akan dibincangkan secara terperinci di antara PBT dan KDEB kelak.

Lampiran

Tiada Lampiran.