Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
314) PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pencapaian dan kejayaan MySel sejak penubuhannya dalam membantu pemohon-pemohon kewarganegaraan Malaysia?
Untuk makluman Yang Berhormat Balakong, Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel ini mula bergerak secara aktif pada tahun 2018 dengan bertujuan khusus untuk membantu masyarakat yang menetap di negeri Selangor bagi mendapatkan dokumen – dokumen peribadi / asas / penting seperti dokumen pengenalan diri, kewarganegaraan, sijil kelahiran dan kad pengenalan serta menyelesaikan permasalahan anak – anak yang tidak mempunyai surat beranak akibat daripada sindiket perkahwinan di sempadan termasuklah kegagalan ibu bapa untuk mendaftar kelahiran anak – anak mereka di atas sebab – sebab tertentu.
Bagi sesi baharu 2022 sehingga 2024, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin telah bersetuju melanjutkan perkhidmatan dua (2) orang pegawai sedia ada bagi mengendalikan Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel.
Walau bagaimanapun, bagi penggal yang baharu, program ini telah diletakkan di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Orang Asal & Minoriti dengan mengekalkan jumlah kakitangan sedia ada. Pegawai Mysel yang dilantik adalah berperanan dalam menyelaras dan menyediakan dokumen – dokumen dan keperluan berkaitan serta memastikan setiap permohonan yang dikemukakan kepada agensi dan jabatan berkenaan adalah lengkap dan teratur. Pegawai ini juga bertanggungjawab memastikan program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat dimanfaatkan oleh setiap rakyat di negeri Selangor.
Di sepanjang tahun 2018 sehingga kini, Program Dokumen Pengenalan Diri Mysel telah mendapat sambutan dan kerjasama yang baik daripada Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh negeri Selangor dengan jumlah permohonan yang diterima sebanyak 4,955. Daripada jumlah keseluruhan permohonan tersebut, sebanyak 1,539 permohonan telah berjaya diselesaikan dimana 428 adalah terdiri daripada permohonan kewarganegaraan. Berikut adalah data secara terperinci yang direkodkan :
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mempercepatkan proses permohonan kewarganegaraan?
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Orang Asal & Minoriti Negeri Selangor sentiasa proaktif dalam mencari solusi terbaik serta kaedah pelaksanaan baharu yang lebih efisien bagi memastikan kelancaran Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel ini. Tujuan program ini ditubuhkan adalah sebagai memudahcara permohonan dengan memberi panduan serta saluran yang betul kepada pemohon bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri. Walau bagaimanapun, segala permohonan yang diterima adalah tertakluk kepada prosedur dan syarat semasa di bawah bidang kuasa beberapa pihak seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Oleh yang demikian, tiada jalan singkat bagi mempercepatkan suatu permohonan dan prosedur semasa di bawah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel.