Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
2) PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mohon YAB menjelaskan berkaitan permohonan kemasukan ke sekolahsekolah menengah agama JAIS: i. Berapa jumlah permohonan awal tahun 2015? ii. Berapa jumlah yang ditolak dan diterima? iii. Apakah alternatif kerajaan negeri bagi yang ditolak?
Jumlah permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu (1) sekolah-sekolah Menengah Agama JAIS awal tahun 2015 ialah berjumlah 12,594 permohonan.
Jumlah permohonan ke Tingkatan Satu ( 1 ) yang ditolak berjumlah 9,064 permohonan, manakala yang diterima berjumlah 3,530 permohonan.
Alternatif Kerajaan negeri bagi permohonan yang ditolak ialah :
- Kerajaan negeri mengesyorkan supaya mereka mendaftar ke kelas- kelas KAFA Menengah yang dibuka di semua Daerah;
- Kerajaan juga ada membuat kerjasama dengan sekolah-sekolah Islam persendirian dan swasta supaya boleh menerima sebahagian dan mereka tidak berjaya ke Sekolah Agama kerajaan;
- Kerajaan merancang untuk menambah bangunan di sekolah-sekolah Agama Menengah sedia ada yang masih mempunyai tapak yang sesuai dan mencukupi; dan
- Kerajaan juga merancang untuk menubuhkan dan membina Maahad Integrasi Tahfiz baru di Daerah-daerah yang mempunyai tapak yang sesuai.