Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

151) PERMOHONAN HADIAH PENGAJIAN IPT

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan jumlah permohonan Hadiah Pengajian IPT di Negeri Selangor?

    1. Jumlah permohonan Hadiah Pengajian IPT adalah seperti berikut:

     

    TAHUN PERMOHONAN LAYAK PERMOHONAN TIDAK LAYAK JUMLAH KESELURUHAN
    2008 3,718 1,380 5,098
    2009 6,019 1,925 7,944
    2010 8,162 2,277 10,439
    2011 7,642 2,339 9,981
    2012 7,389 2,145 9,534
    **2013 3,195 1,589 4,784
    JUMLAH KESELURUHAN 36,125 11,655 47,780

     

    **Sehingga 31 Oktober 2013

     

  2. Jumlah permohonan yang diluluskan dan ditolak di dalam DUN Teluk Datok sejak Tahun 2008 hingga Oktober 2013?

    1. Jumlah permohonan yang diluluskan dan ditolak di dalam DUN Teluk Datok hanya dapat disediakan bagi tahun 2012 dan 2013 sahaja memandangkan pada tahun 2012 Urus Setia HPIPT telah membuat penambahbaikan pada sistem tersebut iaitu dengan memasukkan maklumat DUN dan Parlimen di dalam Sistem

     

    TAHUN PERMOHONAN LAYAK PERMOHONAN TIDAK LAYAK
    2012 271 25
    **2013 104 36
    JUMLAH KESELURUHAN 375 61

    **Sehingga 31 Oktober 2013

     

Lampiran

Tiada Lampiran.