Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
97) PERMOHONAN GERAN TANAH TAMAN CHERAS PRIMA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan perkembangan terkini permohonan geran tanah Taman Cheras Prima, daerah Hulu Langat.
Pentadbir Tanah Hulu Langat telah menerima Permohonan Penyerahan Balik Dan Pemberimilikan Semula Tanah di bawah Seksyen 204B KTN bagi pembangunan oleh Tetuan Port City Holdings Sdn Bhd (in Liquidation) daripada Ler Lum Corporate Restructuring Sdn Bhd.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 6/2017 telah menimbang dan meluluskan permohonan di atas pada 15 Februari 2017 yang telah disahkan pada 22 Februari 2017 ke atas hak milik HSD 68286 PT45535 (keluasan
42.322 ekar). Bayaran premium dan lain-lain bayaran yang dikenakan melalui Borang 5A berjumlah RM101,122.00 telah dijelaskan oleh pemohon pada 3 April 2017.
Pendaftaran bagi 350 hak milik baru telah dikemukakan ke Bahagian Pendaftaran, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan hak milik baru dijangka sedia untuk serahan kepada pemohon pada November 2017.