Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

119) PERMOHONAN GERAN TANAH DI KAMPUNG CHEMPAKA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senarai kesemua permohonan geran tanah di Kampung Chempaka

    Dari tahun 2008 hingga kini terdapat 72 permohonan yang diterima dan telah diproses oleh pihak pentadbiran. 50 permohonan telah mendapat kelulusan manakala 5 permohonan lagi telah ditolak atas dasar tapak yang dipohon tidak diusahakan oleh pemohon.

  2. Sila nyatakan sebab-sebab permohonan tertunggak di mana geran tanah masih belum dikeluarkan walaupun sudah lama memohon.

    Terdapat baki 17 permohonan yang masih belum diangkat untuk kelulusan MMKN kerana pihak pentadbiran dalam proses menyediakan Kertas Ringkasan dan memerlukan ulasan dari jabatan-jabatan teknikal yang terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.