Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
234) PERMOHONAN GANTIAN PAIP DI SEKSYEN 1 DAN SEKSYEN 14 PETALING JAYA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan insiden gangguan air kepada Seksyen 1 dan Seksyen 14 untuk 24 bulan yang lepas?
Untuk tempoh 24 bulan yang lepas (2015 – 2016) sebanyak 158 insiden gangguan air melibatkan Seksyen 1 dan Seksyen 14.
-
Apakah status permohonan penduduk dan Ahli Dewan Negeri supaya projek penggantian paip dilaksanakan di 2 kawasan ini?
Mengikut rekod kami tiada permohonan diterima daripada penduduk atau Ahli Dewan Undangan Negeri bagi projek penggantian paip air di kawasan ini. Walau bagaimanapun, mengikut bilangan insiden gangguan air di Seksyen 1 dan 14, seperti yang dinyatakan dalam jawapan (a) Kerajaan Negeri akan melaksanakan penilaian bagi program penggantian paip air lama berdasarkan Pelan Perniagaan jangka panjang Air Selangor.