Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
332) PERMIT PENGGUNAAN TANAH BAGI PETANI-PETANI DI KAWASAN HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT (MUKIM TANJUNG 12 (2) ) DAERAH KUALA LANGAT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Peneroka Hutan Simpan Kuala Langat Mukim tanjung 12 (2) di kalangan orang asli telah memohon permit sebelum ini untuk menanam sawit.Kenapa kerajaan membatalkan permohonan yang pernah dipersetujui setelah mula mendapat hasil sawit?
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPN Selangor) tidak pernah meluluskan sebarang Permit Penggunaan bagi tujuan penanaman kelapa sawit dalam kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.
-
Apakah penyelesaian yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan?
Pihak JPN Selangor akan melaksanakan operasi bersepadu bagi memusnahkan tanaman kelapa sawit secara haram di Hutan Simpan Kuala Langat Utara.