Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
12) PERMIT MENGANGKUT BAHAN GALIAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Lori-lori berat yang mengangkut bahan galian seperti tanah, batu dan pasir sering menimbulkan masalah di jalanraya seperti lebih muatan dan kesalahan lalu lintas. Lori-lori tersebut dilihat sentiasa berada di jalan raya tanpa mengira waktu. Ingin tahu, bagaimana permit membawa bahan galian ini dikeluarkan dan apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pengusaha.
Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan permit membawa bahan galian. Berdasarkan Enakmen Mineral (Selangor) Tahun 2000, bahan galian ditakrifkan sebagai bijih mineral, seperti Timah, Emas, Perak, Kaolin, Ilmenit, Pasir Silika, Batu Arang, Bauksit, Mika, Barit, Tembaga, Bijih Besi, Hasil Sampingan Timah dan lain-lain mineral. Manakala bahan batuan ialah apa-apa batuan seperti contoh Batu, Marmar, Kelikir, Pasir, Tanah, Leterit, Lom, Lempung, Tanih, Lumpur, Turf, Gambut, Batu Karang, Cengkerang atau Guano termasuklah Batu-Bata, Kapur, Simen atau barangan lain yang diperbuat daripadanya
-
Senaraikan syarikat-syarikat pengusaha kuari di Selangor serta syarat-syarat meletup batu yang sepatutnya dipatuhi oleh pengusaha. Bagaimana kaedah pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang daripada agensi yang berkaitan?
Senarai syarikat-syarikat kuari di Negeri Selangor adalah seperti di Lampiran A.
Berikut adalah langkah-langkah pemantauan dan penguatkuasaan bagi aktiviti letupan kuari yang dikawalselia oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), iaitu:-
- Pihak pengusaha hendaklah mendapatkan Letter Of Authority To Quarry (LAQ) sebelum memulakan apa-apa kerja pengkuarian;
- Pengusaha perlu melantik syarikat letupan bahan batuan yang mempunyai lesen dan disahkan oleh pihak JMG Selangor;
- Bahan letupan yang diperolehi hendaklah mendapatkan kebenaran penggunaannya daripada pihak PDRM; dan
- Pihak JMG akan membuat ujian tahap gegaran bagi memastikan kawasan sekitarnya tidak menerima kesan gegaran tersebut yang mana boleh menyebabkan keretakan dinding rumah di kawasan sekitarnya.
-
Berapakah hasil yang kerajaan perolehi daripada kegiatan kuari, penjualan pasir dan tanah pada tahun 2014 mengikut PBT?
Data kutipan hasil royalti bahan batuan bagi tahun 2014 mengikut Daerah adalah seperti berikut:
DAERAH KUARI (RM)
PASIR (RM)
TANAH MERAH (RM) JUMLAH ROYALTI (RM)
Petaling 0.00 117,000.00 387,100.00 504,100.00 Klang 0.00 0.00 0.00 0.00 Gombak 1,427,170.00 189,000.00 286,600.00 1,902,770.00 Sepang 0.00 566,000.00 204,000.00 770,000.00 Hulu Langat 19,696,246.00 717,075.00 50,000.00 20,463,321.00 Hulu Selangor 1,143,355.00 2,190,289.00 102,350.00 3,333,644 Kuala Langat 2,454,400.00 5,145,192.00 0.00 7,599,592 Kuala Selangor 0.00 3,698,278.00 290,760.00 3,989,038.00 Sabak Bernam 0.00 0.00 23,500.00 23,500.00 JUMLAH 24,721,171.00 12,622,834.00 1,344,130.00 38,688,135.00 Sumber : PDT