Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

106) PERMIT KEGUNAAN HUTAN SIMPANAN KEKAL KUALA LANGAT SELATAN DI SUNGAI KELAMBU

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pemberian permit kegunaan hutan simpanan kekal Kuala Langat Selatan di Sungai Kelambu untuk petani tanaman kontan?

    Kertas Ringkasan Cadangan Kelulusan Pemberian Permit Penggunaan Melalui Program Pemutihan Ke Atas Kawasan Pencerobohan dan Penerokaan Secara Haram di Dalam Hutan Simpan Kuala Langat Selatan Melalui Pendekatan Kaedah dan Amalan Perhutanan Tani telah pun siap dan diangkat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 29 Mei 2019. Keputusan mesyuarat memaklumkan bahawa kertas ringkasan ini perlu dibentangkan ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 18 Julai 2019 dengan mengambilkira kaedah pemantauan, kawalan dan penguatkuasaan. Ahli Mesyuarat MTES yang bersidang masih menangguhkan keputusan ke atas kertas ringkasan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.