Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
212) PERMINTAAN UNTUK PENANAMAN KELAPA MENUNJUKKAN ADA PENINGKATAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah cadangan Kerajaan Negeri dalam membantu menangani isu kekurangan benih kelapa?
Kelapa matag mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan petani. Untuk makluman, pengeluaran benih kelapa dibuat oleh pihak Jabatan Pertanian di peringkat Persekutuan dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 60,000 biji setahun. Jabatan Pertanian Negeri tidak menjalankan fungsi pengeluaran benih dan hanya fokus kepada pengembangan. Pada ketika ini Jabatan Pertanian Negeri Selangor memerlukan bekalan sekitar 20,000 pokok setahun dimana kita boleh melaksanakan projek penanaman semula dengan jenis matag sekitar 130 hektar setahun yang menjadi pilihan petani. Bagi mengatasi masalah ini, penanaman semula kelapa dilaksanakan secara berperingkat. Selain daripada itu, Jabatan Pertanian menggalakkan petani menanam varieti kelapa lain seperti kelapa pandan. Jabatan Pertanian Selangor akan terus bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Persekutuan bagi mendapatkan bekalan kelapa matag secara berterusan. Disamping itu kita juga mendapatkan bekalan tambahan dari pihak swasta khususnya United Plantation Berhad.