Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

154) PERMINDAHAN KUBUR DI SELAT KLANG BAGI LALUAN ECRL

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah SOP yang digunakan dalam proses pemindahan kubur? Adakah ianya dirangka dengan teliti dan melibatkan panduan daripada pihak Mufti, JAIS dan bertepatan hukum syarak?

    Proses pemindahan kubur dilaksana berdasarkan Garis Panduan Pemindahan Kubur Negeri Selangor. Garis panduan ini disediakan dengan merujuk kepada keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 19 April 1986 dan yang terkini pada 18 Julai 2023.

  2. Adakah waris-waris diberi pampasan yang sewajarnya? Sekiranya ada, pampasan berbentuk apa, berapa jumlahnya dan adakah mencukupi?

    Tiada apa-apa pemberian lain kepada waris selain daripada pihak Malaysia Rail Link (MRL) telah bersetuju untuk membiayai kos pembinaan kepuk dan batu nisan baharu semua lot kubur yang terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.