Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

175) PERMASALAHAN PERTANIAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tidak adakah cadangan dari Kerajaan Negeri untuk membina kilang padi bagi mengelakkan manipulasi dari kilang padi swasta terutamanya dari segi kualiti dan mutu hasil padi?

    Pada ketika ini telah terdapat sebanyak 6 unit kilang memproses padi di Negeri Selangor yang terletak di Daerah Sabak Bernam sebanyak 4 unit dan Daerah Kuala Selangor sebanyak 2 unit. Lokasi kilang memproses padi adalah seperti berikut :-

    i. Daerah Sabak Bernam
    a. Sg. Besar 2 unit;
    b. Sekinchan 2 unit; dan
    c. Tanjung Karang 2 unit.

    Kilang-kilang memproses padi tersebut kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat swasta termasuk Padiberas Nasional Bhd. (BERNAS) sebanyak 3 unit.

    Cadangan untuk mewujudkan kilang memproses padi milik Kerajaan Negeri melalui anak syarikat iaitu Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah mula diperbincangkan bagi mengenalpasti impak pengwujudan kilang tersebut sama ada terutama kepada golongan pesawah sendiri dan pemilik kilang sedia ada serta dalam masa yang sama pengwujudan kilang padi tersebut jika terlaksana boleh mempromosikan beras keluaran Negeri Selangor secara lebih khusus lagi.

Lampiran

Tiada Lampiran.