Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

59) PERMASALAHAN KES PENCERAIAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah kes penceraian di Selangor amat tinggi? Berapakah kes penceraian di Selangor bagi tahun 2021? Apakah modul kursus perkahwinan tidak berkesan?

    Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti sebagai punca kepada kadar perceraian yang tinggi diputuskan oleh Mahkamah Syariah seperti berikut :

    1. Kepadatan penduduk dan cabaran persekitaran yang dihadapi di sekitar Lembah Klang.

    2. Migrasi yang memberi tambahan jumlah penceraian di Negeri Selangor.

    3. Ekonomi pihak suami yang tidak stabil hingga menghadapi tuntutan pihak isteri berkenaan kegagalan memberi nafkah dengan merujuk kepada Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Negeri Selangor.

    4. Sosiolisasi yang terbuka yang merentasi kebiasaan.

    5. Kegagalan menjadikan agama sebagai cara hidup dalam menguruskan rumahtangga.

    6. Dalam Islam, perkahwinan adalah sebagai satu cara menghalalkan hubungan suami isteri seterusnya mewujudkan keharmonian berumah tangga. Dalam Islam juga terdapat kaedah penceraian yang boleh memisahkan suami isteri sehinga hukum penceraian tersebut diletakkan sebagai harus atau sunat atau wajib. Oleh itu, setiap penceraian yang berlaku adalah mengikut situasi keperluan pelakuannya.

    7. Jodoh adalah ketentuan dan kehidupan suami isteri juga adalah ketentuan tuhan. Malah dalam Islam juga memberi panduan untuk mencari jodoh seperti mana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Seorang wanita dinikahi kerana empat (4) sebab: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu merebut yang empunya agama, itulah pilihan terbaik.” (HR Bukhari dan Muslim). Oleh itu, jodoh setiap manusia ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

    1- Pendaftaran perceraian di Jabatan Agama Islam Selangor setelah perintah perceraian dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah bagi tahun 2021 mengikut daerah adalah seperti berikut :

    2- Kadar perceraian rendah atau tinggi tidak sepatutnya dikaitkan secara langsung dengan keberkesanan KPPI kerana ia adalah kursus awal yang dihadiri peserta yang akan berkahwin. Ia perlu disusuli dengan pemantapan secara berterusan oleh setiap individu yang telah berkahwin, tolak ansur, saling menjalankan fungsi, tugasan dan tanggungjawab serta mengambil tindakan tepat dalam mengurus masalah. Kegagalan pihak-pihak mengurus masalah yang timbul dalam perkahwinan adalah punca kepada sebuah perkahwinan yang dibina berakhir dengan sebuah perceraian. Kebijaksanaan dalam menempuh alam rumahtangga perlu diperkukuh dengan berbagai ilmu tambahan seperti ilmu berkaitan keibubapaan, ilmu komunikasi, psikologi kanak-kanak, pengurusan kewangan, pengurusan kesihatan, ilmu seksologi, ilmu kemanusiaan, pengurusan masa dan ilmu-ilmu lain yang memberi nilai tambah pembinaan kebijaksanaan dalam mengurus rumahtangga.

    Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI) diwajibkan kepada semua individu beragama Islam yang ingin berkahwin sebagai salah satu inisiatif kerajaan Malaysia dalam usaha memberi pendedahan awal ilmu rumahtangga kepada pasangan yang bakal berkahwin. Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah digunakan sejak ia dilaksanakan pada tahun 1997. Modul ini sentiasa dikemaskini dan terkini ia menggunakan MBKPI Versi 4 dengan penambahbaikan pada isi kandungan slide bergambar, video ringkas dan drama.

    Terdapat beberapa tajuk yang dibincangkan dalam kursus ini seperti berikut :

    1. Tasawwur Islam
    2. Perkahwinan dan Prosedur
    3. Majlis Akad Nikah dan Walimatul Urus
    4. Tanggungjawab Suami Isteri
    5. Komunikasi Suami Isteri
    6. Pengurusan Kewangan
    7. Pengurusan Stres dan Konflik
    8. Pengurusan Kesihatan Keluarga
    9. Pembubaran Perkahwinan

    Setiap tajuk ini dikupas antara 1 sehingga 2 jam dalam KPPI yang dilaksanakan untuk tempoh 2 hari dengan jumlah 13 jam bagi keseluruhan 10 tajuk. Sudah pasti ia tidak mencukupi untuk menurunkan ilmu perkahwinan dan membincangkan aspek persediaan perkahwinan secara terperinci dan mendalam sebagai bekalan setiap individu. Sebagai makluman tambahan, selain KPPI, JAIS juga melaksanakan kursus pasca perkahwinan mengikut 4 fasa perkahwinan sebagai usaha yang boleh diambil oleh semua pasangan suami isteri bagi memantapkan perkahwinan yang dibina.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.