Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

125) PERMASALAHAN JALAN-JALAN MASUK DI KAWASAN BUKIT BERUNTUNG / BUKIT SENTOSA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membaiki jalan tersebut untuk jangka panjang ?

    Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk memperbaiki jalan tersebut bergantung kepada peruntukkan.

  2. Mengapa Kerajaan Negeri tidak menyelenggara jalan tersebut sebaik-baiknya sesuai dengan jalan utama?

    Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor tidak menyelenggara jalan tersebut kerana kebanyakan jalan tersebut masih lagi di bawah penyelenggaraan pihak pemaju yang masih belum diserah alih sepenuhnya kepada pihak Majlis Daerah Hulu Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.