Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
67) PERMASALAHAN DENGGI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha terkini Kerajaan Negeri dalam usaha menangani permasalahan denggi yang semakin meningkat Di Negeri Selangor?
Usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dalam menangani permasalahan denggi adalah seperti berikut:
- Kempen Selangor Gempur Aedes Siri 1-4 bagi tahun 2019 bagi mengurangkan kes/ wabak denggi;
- Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Denggi di lokaliti hotspot/wabak;
- Gotong royong pemusnahan tempat pembiakan denggi di lokaliti wabak/ hotspot;
- Menjalankan Program Selangor Bebas Aedes di tempat Kerja dan Kuarters;
- Mengukuhkan Program Bebas Denggi di Sekolah;
- Kerjasama di antara agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta komuniti dalam program gotong-royong; dan
- Mengukuhkan peranan COMBI dalam lokaliti wabak denggi.
-
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mendapat kerjasama yang baik daripada Agensi Pihak Persekutuan?
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mendapat kerjasama yang baik daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dalam menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan denggi di kawasan dan di daerah masing-masing. Kerajaan Persekutuan turut menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM 10.5 juta kepada PKD pada tahun 2019 dalam usaha membantu Kerajaan Negeri menangani penularan demam denggi. Selain daripada itu, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia turut memilih sebelas (11) lokasi di negeri Selangor sebagai tempat projek rintis nyamuk Wolbachia.
-
Adakah terdapat sebarang kajian berkenaan usaha-usaha yang dilaksanakan ini tidak berjaya?
Usaha-usaha kawalan dan pencegahan demam denggi masih lagi dijalankan dan dipantau keberkesanannya dari semasa ke semasa. Sehingga kini, hanya terdapat kajian kerintangan nyamuk aedes terhadap beberapa racun perosak yang membuktikan ketidakberkesanan kaedah semburan kabus (fogging) sebagai kaedah utama untuk membasmi demam denggi.