Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
10) PERMASALAHAN BANJIR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Secara amnya jika berlakunya banjir akan mengakibatkan kerugian kepada harta benda serta kehilangan nyawa, kebanyakan masalah banjir kilat yang kerap berlaku adalah berpunca daripada sistem perparitan yang bermasalah. Apakah bentuk kemudahan dalam menangani dan menambahbaikkan sistem perparitan sedia ada bagi mengatasi masalah tersebut?
Pelaksanaan projek mencegah banjir pada dasarnya dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu secara struktur dan bukan struktur. Bagi menambah baik sistem perparitan sedia ada, penyelesaian secara mekanikal dengan penggunaan rumah pam juga dapat membantu mempercepatkan aliran air ke sungai. Namun begitu pelaksanaannya melibatkan kos yang tinggi dan dianggarkan keperluan mencecah jutaan ringgit bagi memenuhi keperluan ini. Kerajaan negeri kini sedang dalam menyediakan inventori dan keperluan pembinaan rumah pam bagi keseluruhan Negeri Selangor dan akan dilaksanakan secara berperingkat.
-
Selain dari melebar dan mendalamkan sistem perparitan serta menyediakan kolam takungan, adakah mekanisme lain dari itu?
Sepertimana yang dinyatakan pada soalan sebelum ini selain dari mendalamkan sistem perparitan serta menyediakan kolam takungan, pelaksanaan kawalan secara mekanikal seperti pembinaan rumah pam dan pembinaan struktur pintu kawalan pasang surut juga boleh membantu di dalam mengawal paras air saliran bagi mengelakkan banjir.
-
Nyatakan statistik terkini kawasan yang kerap dilanda banjir kilat di Negeri Selangor khususnya Pelabuhan Klang?
Statistik kejadian banjir di negeri selangor secara keseluruhan adalah seperti yang berikut
TAHUN JUMLAH KAWASAN TERLIBAT 2008 97 2009 55 2010 44 2011 70 Bagi kawasan di pelabuhan klang statistik adalah seperti yg berikut
TAHUN KAWASAN KEKERAPAN 2011 Jalan Sungai Keladi Mac 2011 Pulau Indah 2012 Pulau Indah dan Sementa 2 Mac 2012