Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
154) PERLOMBONGAN PASIR LAUT
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan kawasan perlombongan pasir laut yang masih aktif di Selangor?
Tiada aktiviti perlombongan pasir laut di dalam lingkungan 3 batu nautika di perairan negeri Selangor. Walaubagaimanapun, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) telah meluluskan 2 Lesen Melombong Pasir Di Bawah Akta Pelantar Benua (APB) 1966 di Selangor iaitu meliputi 3 batu nautika di luar kawasan perairan negeri Selangor iaitu :
- Ramacon Corporation Sdn.
(Tempoh lesen: 4/8/2009 hingga 3/8/2014)
- Jicom Sdn.
(Tempoh lesen: 2/4/2013 hingga 1/4/2016)
Melalui aktiviti perlombongan pasir laut ini, terdapat 4 permit pengalihan stockpiles pasir laut yang telah diluluskan iaitu 2 di daerah Kuala Langat dan 2 di daerah Klang.
-
Berapakah jumlah pendapatan Kerajaan Negeri dari royalti pasir laut pada 2015?
Jumlah kutipan royalti pada tahun 2015 bagi aktiviti pengalihan stockpiles pasir laut adalah seperti berikut:
BIL DAERAH JUMLAH (RM) 1 Klang 89,253.64 2 Kuala Langat 9,074.59 JUMLAH KESELURUHAN RM 98,328.23