Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

89) PERLOMBONGAN PASIR HARAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dilaporkan terdapat tapak-tapak perlombongan pasir haram di Selangor. Berapakah pendapatan yang sepatutnya diperoleh Kerajaan Negeri daripada aktiviti perlombongan pasir ini?

    Berdasarkan kepada kenyataan Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor, adalah
    dijangkakan sejumlah RM200 juta hasil pasir dapat diperolehi selepas polisi baru
    pengeluaran pasir (Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. dilaksanakan.

  2. Apakah rasional Kerajaan Negeri memiliki punya sistem pengeluaran pasir ini

    Kerajaan Negeri mengambil pendekatan untuk menguruskan pengeluaran pasir di
    Selangor bagi memastikan pulangan hasil dari kegiatan tersebut dapat disalurkan
    semula kepada rakyat melalui program-program yang diperkenalkan melalui
    Merakyatkan Ekonomi Selangor.

  3. Apakah langkah penguatkuasaan yang dicadangkan oleh pihak Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Negeri melalui Bahagian Penguatkuasaan, PTGS dan Pejabat-Pejabat Tanah
    Daerah telah melaksanakan penguatkuasaan secara rondaan dan kawalan 24 jam (Ops
    Statik) di kawasan-kawasan sensitif yang dikenal pasti menjadi lokasi utama pencurian
    pasir di semua daerah.
    Tindakan boleh diambil terhadap pencuri pasir di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah
    Negara 1965 (Pencabutan atau pemindahan bahan batuan secara tidak sah) yang
    mana boleh dikenakan denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau dipenjarakan
    untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya.
    Kerajaan Negeri juga telah melancarkan Program Rakan Pasir iaitu satu program yang
    menyediakan kemudahan kepada orang awam untuk menyalurkan maklumat / aduan
    kes-kes pencurian pasir melalui Sistem Pesan Ringkas (SMS) kepada Pihak Berkuasa.
    Program ini dipantau oleh Bahagian Penguatkuasaan, Pejabat Tanah dan Galian
    Selangor dan nombor talian yang disediakan ialah 33886.

Lampiran

Tiada Lampiran.