Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

184) PERLOMBONGAN PASIR DI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pasir yang dikeluarkan sebagai hasil terimaan Kerajaan Negeri?

    1. Jumlah hasil pasir adalah seperti berikut :

     

    Tahun

    Jumlah Pengeluaran

    meter padu (m³)

    Jumlah Hasil Royalti

    2018 8,536,219.93 RM 25,608,659.80
    2019 9,782,432.11 RM 29,347,296.32
    2020 8,224,744.07 RM 24,674,232.21
    2021 7,388,993.58 RM 22,166,980.75
    2022 8,694,942.03 RM 26,084,826.09
    2023 8,654,440.85 RM 25,963,322.56
    2024

    (Dikemaskini Sehingga
    31 Januari 2024)

     

    478,529.58 RM 1,435,588.74
    Jumlah Keseluruhan

     

     

    51,760,302.15

     

    RM 155,280,906.47
  2. Adakah kawalan pasir yang dikeluarkan benar-benar dapat dikawal oleh KSSB?

    KSSB telah menetapkan amalan SOP bagi setiap tapak pengeluaran dengan menggunapakai sistem Smart Docket bagi memastikan tiada ketirisan hasil berlaku kepada Kerajaan Negeri. Pada masa yang sama pemantauan dibuat secara berkala oleh agensi-agensi teknikal terutama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Jabatan Meneral dan Geosains (JMG) Selangor, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Selangor, Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

  3. Apakah status kematian pekerja lombong pasir di Kuala Langat?

    Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bertanggungjawab mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pembangunan Mineral 1994 dan peraturan peraturan di bawahnya. Disamping itu, Jabatan ini juga mengawal selia aktiviti kuari dibawah Kaedah – kaedah Kuari 2003 serta peraturan, garis panduan dan SOP yang berkaitan dengannya untuk pengusahasilan mineral dan bahan batuan di negeri Selangor. JMG memainkan peranan utama dalam aspek pengawalseliaan dan penguatkuasaan untuk memastikan aktiviti perlombongan (Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong, OMS) dan pengkuarian ( Surat Kelulusan Skim Kuari) dijalankan secara teratur, sistematik dan mampan. Berdasarkan rekod dari tahun 2023 sehingga 2024. Jabatan ini mendapati tiada kemalangan maut berlaku di lombong bijih timah (OMS yang sah) yang mengeluarkan hasil sampingan pasir silika dan pasir binaan kecuali pada tahun 2021 iaitu di lombong Lion Mining Sdn. Bhd di Kuala Langat. Mengikut perundangan semasa, operasi pengekstrakan pasir di negeri Selangor adalah dibawah Kelulusan 4C iaitu Permit Memindah Bahan Batuan dibawah seliaan Pejabat Tanah dan Daerah, bukan dibawah seliaan JMG. Jabatan ini hanya mengeluarkan ulasan teknikal bagi pasir semasa permohonan 4C sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.