Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

180) PERLOMBONGAN PASIR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah pendapatan hasil dari perlombongan pasir oleh Kumpulan Semesta dari 2017-2020?

    Pendapatan hasil dari perlombongan pasir oleh Kumpulan Semesta dari 2017-2020 adalah seperti berikut:

     

    Tahun Hasil Pendapatan (RM ‘Juta)
    2017 102.995
    2018 83.356
    2019 82.623
    2020 70.182

     

  2. Senaraikan secara terperinci kontraktor yang telah dilantik mengendalikan perlombongan pasir?

    Berikut adalah senarai kontraktor secara terperinci yang telah dilantik mengendalikan perlombongan pasir:

     

    Bil Kategori Kontraktor Bilangan Kontraktor
    1 Cucigali Sungai 17
    2 Lombong GLC dan Tanah Kerajaan 7
    3 Lombong Tanah Persendirian 6
    4 Stockpile Bahan Batuan 25
    5 Kuari 2
  3. Bagaimanakan kaedah lantikan kontraktor dan tempoh lantikan?

    Kaedah lantikan kontraktor adalah melalui proses tender terbuka bagi Tanah Kerajaan/GLC dan kolaborasi bagi Tanah Persendirian. Kontrak lantikan akan diperbaharui secara tahunan berdasarkan prestasi kontraktor dan permit yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.