Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
163) PERLOMBONGAN PASIR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sistem pemantauan dan penguatkuasaan yang digunakan untuk mencegah perlombongan pasir tanpa kebenaran?
Bagi membanteras aktiviti mencuri pasir, Pihak Berkuasa Negeri telah mengarahkan semua Pentadbir Tanah untuk mengadakan operasi 24 jam di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berlakunya aktiviti kecurian pasir. Tindakan penyitaan jentera dan peralatan, pengenaan kompaun dan pendakwaan ke Mahkamah juga dilaksanakan di samping operasi serbuan bersama pihak berkuasa yang berkenaan. Selain dari itu, bagi kegiatan yang dilakukan di atas tanah-tanah milik, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Pentadbir Tanah mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah pelanggaran syarat tanah di mana sekiranya pemilik-pemilik tanah ingkar dalam mematuhi Notis pelanggaran syarat penggunaan tanah yang dikeluarkan, boleh mengakibatkan tanahtanah mereka dirampas menjadi tanah Kerajaan.
-
Apakah status kewangan Kumpulan Semester Sdn Bhd(KSSB) dalam industri penyelenggaraan perlombongan pasir sejak penubuhannya?
Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) telah ditubuhkan pada 26 Jun 2008 dan mula beroperasi pada 22 Julai 2008
Kedudukan Kewangan bagi tempoh berakhir tahun 31hb Disember 2008 seperti berikut:
Jualan RM
Pasir (tan metrik) 220,139
Perolehan (RM) 4,824,874
Untung sebelum cukai RM 1,187,394
Cukai (285,500)
Untung selepas cukai 901,894
Prestasi kewangan bagi tempoh 31 Jan 2009 sehingga 30 Sept 2009 adalah seperti berikut :
Jualan Pasir (tan metrik) 114,106 tan metrik
RM
Jumlah Perolehan 21,552,041 Untung sebelum cukai 5,467,475
Peruntukan Cukai ( 1,366,869)
Untung selepas cukai 4,100,606
-
Berapakah jumlah kebocoran dan kerugian yang ditanggung oleh kerajaan akibat daripada perlombongan pasir tanpa kebenaran sejak 2008?
Jumlah anggaran kebocoran dan kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri akibat daripada perlombongan pasir tanpa kebenaran sejak 2008 adalah RM728,000.00.