Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

258) PERLOMBONGAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Butirkan hasil kewangan kepada Kerajaan Negeri daripada aktiviti perlombongan, termasuk pasir dan mineral lain.

    Maklumat kutipan hasil royalti bahan batuan pasir dan granit serta mineral bijih timah bagi tahun 2019 adalah seperti jadual di bawah :

     

    Bahan Batuan (Pasir)

     

    Kutipan Royalti (RM)
    2017  

    19,397,890.53

     

    2018  

    25,608,659.80

     

    2019

    * Dikemaskini sehingga
    30 Jun 2019

     

    14,856,569.93

     

     

     

    Bahan Batuan (Granit)

     

    Kutipan Royalti (RM)
    2017  

    51,948,507.45

     

    2018  

    54,617,986.94

     

    2019

    * Dikemaskini sehingga
    30 Jun 2019

     

    27,007,341.22

     

     

     

    Mineral (Bijih Timah)

     

    Kutipan Royalti (RM)
    2017  

    125,757.12

     

    2018  

    148,948.37

     

     

    2019

    * Dikemaskini sehingga
    30 Jun 2019

     

    30,802.83

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

                                                                                                                                        

  2. Apakah potensi yang ada untuk mengembangan aktiviti dan hasil perlombongan di Selangor pada masa akan datang?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan kawasan baharu bagi pengembangan aktiviti dan hasil perlombongan mineral bijih timah dan silika di Selangor dengan keluaran empat (4) Lesen Melombong Tuan Punya (PML) di atas tanah milik Lion Group di kawasan Mukim Tanjong Duabelas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan dengan keluasan kawasan keseluruhan 503.015 Hektar (1,242.977 Ekar) seperti jadual di bawah:

    Bil Pemegang Lesen No.

    Lesen

    No. Lot / Mukim / Daerah / Luas Luas Tempoh

    Lesen

    1 Bonus

    Essential

    Sdn. Bhd.

    PML 1/2019 Di atas sebahagian tanah milik Lot 74462 Mukim Tanjong Duabelas, Daerah Kuala Langat

     

    128.7 Hektar (318.024 Ekar)

     

    21 Tahun
    2 Ultra Legacy

    Sdn. Bhd.

    PML 2/2019

     

    Di atas tanah milik, Lot 12235, Mukim Tanjong Duabelas, Daerah Kuala Langat

     

    161.9 Hektar (400.063 Ekar)

     

    21 Tahun

     

    3 Banting Resources

    Sdn. Bhd.

     

    PML 3/2019 Di atas tanah milik Lot 12236, Mukim Tanjong Duabelas, Daerah Kuala Langat

     

    139.8 Hektar (345.453 Ekar)

     

    21 Tahun

     

     

     

     

     

     

    4 Banting Resources

    Sdn. Bhd.

     

    PML 4/2019 Di atas tanah milik, Lot 2324, Mukim Tanjong Duabelas, Daerah Kuala Langat

     

    72.615 Hektar (179.437 Ekar)

     

    21 Tahun

     

    Dianggarkan hasil kutipan daripada empat (4) kawasan perlombongan berkenaan akan menyumbang kepada hasil Negeri Selangor (dalam tempoh 21 tahun) berjumlah lebih kurang RM 523,853,902.00 terdiri dari sumber bijih timah, amang, pasir dan silika.

    * Catatan: Unjuran hasil adalah tertakluk kepada nilai harga timah dunia dan kadar matawang semasa.

    Bagi perlombongan pasir pula, terdapat beberapa kawasan di daerah Sabak Bernam dan Hulu Selangor yang berpotensi besar untuk memberikan peningkatan hasil kepada Kerajaan Negeri. Buat masa ini, permohonan masih pada peringkat mendapatkan ulasan agensi teknikal sebelum diangkat pertimbangan awal oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pemantauan Berkaitan Bahan Batuan dan Mineral Negeri Selangor dan seterusnya diangkat bagi pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.