Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

80) PERLINDUNGAN KEPADA MANGSA JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan kes jenayah seksual kanak-kanak di Daerah Kuala Selangor dan berapakah yang memerlukan perlindungan di pusat penjagaan berkediaman?

    Bilangan kes jenayah seksual kanak-kanak di daerah Kuala Selangor yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh Januari hingga Mei 2024 ialah seperti berikut:

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat memastikan perlindungan lebih baik kepada mangsa seksual jenayah kanak-kanak khususnya yang melibatkan ahli keluarga sebagai pemangsa?

    Perlindungan kepada mangsa seksual jenayah kanak-kanak khususnya yang melibatkan ahli keluarga sebagai pemangsa diberikan menerusi inisiatif berikut:

    1. Pasukan Pelindungan Kanak-kanak (PPKK)

    JKM Negeri Selangor mempunyai 11 Pasukan Pelindungan Kanak-kanak (PPKK) di setiap daerah di Selangor. Antara peranan PPKK ialah melaporkan sebarang kejadian penganiayaan dan pengabaian kepada mana-mana Pelindung atau Pegawai Kebajikan Masyarakat (PKM). Selain itu, PPKK turut berfungsi membantu mana-mana Pelindung atau PKM untuk menyelia mana-mana kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan.

    2. Perkhidmatan Khidmat Nasihat dan Kaunseling

    Bagi membantu kanak-kanak dan ahli keluarga yang traumatik, khidmat nasihat dan kaunseling disediakan oleh seramai 23 orang Pegawai Psikologi di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD).

Lampiran

Tiada Lampiran.