Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
308) PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM OPERASI GISBH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan bilangan kanak-kanak bawah 18 tahun yang ditempatkan di pusat jagaan bagi operasi GISBH Selangor.
Bilangan kanak-kanak bawah 18 tahun yang ditempatkan di Tempat Selamat bagi operasi GISBH Selangor adalah sebanyak 434 orang.
LELAKI PEREMPUAN JUMLAH 214 220 434 -
Apakah strategi diambil bagi pemulihan kanak-kanak tersebut?
JKM bertanggungjawab dalam menyelamatkan kanak-kanak yang disyaki berlaku pengabaian, penganiayaan dan penderaan terhadap kanak-kanak seksyen 17 Akta Kanak-kanak 2001.
Kerajaan Negeri telah menubuhkan Taskforce Pemulihan Anak – Anak Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dipengerusikan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, dan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Taskforce ini memberikan tumpuan kepada kaedah-kaedah pemulihan bukan sahaja isu-isu aqidah tetapi juga kebajikan, isu kesihatan dan perkembangan mental-fizikal.
Antara agensi yang terlibat dalam taskforce kanak-kanak GISBH ini adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKMS), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan MBI, Yayasan Selgate, Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS) bersama agensi swasta dan bukan kerajaan.
-
Apakah strategi kerajaan dalam melindungi kanak-kanak tersebut dari aspek perundangan?
Semua kanak-kanak yang diselamatkan oleh pihak Polis melalui Op Global ini adalah selamat dan dilindungi di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Mereka ditempatkan di bawah Institusi kawalan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diwartakan sebagai Tempat Selamat selaras dengan Seksyen 2 Akta Kanak-kanak 2001 serta diberi segala keperluan, kemudahan dan hak yang bersesuaian selaras dengan keperluan Akta.