Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
62) PERLANTIKAN PENYELIA WANITA BERDAYA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah pelantikan penyelia wanita berdaya (PWB) akan dilaksanakan?
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal wanita Dan Keluarga masih dalam proses penyediaan kertas kerja penambahbaikan PWB termasuk isu perlantikan penyelia.
-
Berapa elaun atau gaji bulanan yang akan dibayar kepada PWB?
Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) kini dalam proses penyediaan kertas cadangan penambahbaikan program PWB yang akan diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dalam masa terdekat. Oleh yang demikian isu pelantikan, jumlah gaji dan KPI penyelia adalah tertakluk kepada kelulusan MMKN tersebut
-
Apakah KPI atau sasaran kerja setiap PWB yang dilantik?
Sama seperti di SUB (b)