Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
182) PERLANTIKAN PEGUAM MEWAKILI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Baru-baru ini Kerajaan Negeri telah melantik peguam untuk melawan dalam kes saman melibatkan ADUN Pelabuhan Klang, ADUN Seri Muda, dan Perlantikan YB Setiausaha Kerajaan Negeri. Berapakah jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam melantik peguam bagi mewakili kes tersebut.
Kos yang terlibat dalam melantik peguam bagi mewakili kes ADUN Pelabuhan Klang, ADUN Seri Muda dan Pelantikan YB. Setiausaha Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM165,000.00 (setakat 4.7.2011).
-
Senaraikan nama-nama syarikat guaman yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri.
Senarai syarikat guaman yang dilantik oleh Kerajaan Negeri dan ADUN yang berkaitan seperti berikut:
KES SYARIKAT GUAMAN Saman ADUN Klang
Pelabuhan Tetuan Tommy Thomas ADUN Seri Muda Tetuan Kanesalingam & Co. (dilantik sendiri oleh YB. Seri Muda)
Pelantikan YB. Kerajaan Negeri Setiausaha • Dr. Aziz Bari • Dato’ Param Cumaraswamy
(merupakan orang perseorangan tanpa syarikat guaman)
-
Apakah kriteria dalam pemilihan syarikat-syarikat guaman tersebut.
Pemilihan Syarikat guaman tersebut adalah kerana mereka berkaliber dan berwibawa dalam bidang perundangan masing-masing. Tugasan mereka adalah untuk menegakkan keadilan kepada rakyat dan sehingga kini telah menjalankan tugas dengan profesional serta telus.