Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

20) PERLANTIKAN DATUK BANDAR/YANG DIPERTUA PBT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat kekosongan jawatan Yang Dipertua di PBT-PBT seperti di Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang. Kenapa jawatan-jawatan penting tersebut lambat diisi untuk menjamin pentadbiran PBT agar berjalan lancar?

    1. Pentadbiran ini mengambil maklum berhubung kekosongan jawatan Yang Dipertua  Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mulai 9 November 2010 lalu susulan daripada penyandang sedia ada iaitu YBhg Dato’ Zainal Abidin bin Azim  telah  bersara  wajib dalam perkhidmatan berkuatkuasa pada 8 November

     

    Dalam tempoh kekosongan jawatan berkenaan, Pentadbiran Kerajaan Negeri telah melaksanakan pemilihan calon yang berkelayakan dan kompeten untuk meneruskan kelangsungan tugas Yang Dipertua di MPS. Panel Jawatankuasa Khas Pemilihan Ketua Jabatan telah melaksanakan urusan temubual bersama calon-calon  pegawai  kanan  yang disenaraipendek dan seterusnya mengesyorkan pemilihan calon  kepada  YAB  Dato’ Menteri Besar bagi tujuan pertimbangan dan persetujuan. Urusan pelantikan ini telah selesai memandangkan YBhg Dato’ Zainal Abidin bin A’ala, Pegawai Tadbir dan Diplomatik JUSA C telah dilantik selaku Yang Dipertua MPS yang baru berkuatkuasa mulai 1 Mac 2011 lalu.

     

    Pentadbiran Kerajaan Negeri sentiasa komited dan berusaha memastikan urus tadbir di semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor dilaksanakan dengan teratur dan efisien termasuk urusan pemilihan pucuk kepimpinan. Oleh yang demikian, urusan pemilihan Datuk Bandar / Yang Dipertua ini sentiasa diperkemaskan agar calon yang dilantik mampu memimpin dengan baik dan yang paling penting mampu merealisasikan semua dasar serta polisi yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

     

  2. Nyatakan kedudukan perjawatan bagi Datuk Bandar atau Yang Dipertua seluruh PBTPBT?

    1. Status perjawatan Datuk Bandar / Yang Dipertua PBT adalah seperti berikut::

     

    Bil. PBT Datuk Bandar / Yang Dipertua
    1. Majlis     Bandaraya (MBSA) Shah Alam YBhg Dato’ Mazalan bin Md Noor, Datuk Bandar PTD Gred Utama C
    2. Majlis Bandaraya (MBPJ) Petaling Jaya YBhg     Dato’     Mohamad     Roslan     bin Sakiman, Datuk Bandar PTD Gred Utama

    C

    3. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) YBhg Dato’ Mohammad bin Yacob, Yang Dipertua PTD Gred Utama C
    4. Majlis Perbandaran Klang (MPK) YBhg Dato’ Mislan bin Tugiu, Yang

    Dipertua PTD Gred Utama C.

    5. Majlis     Daerah     Hulu     Selangor (MDHS) Encik Tukiman bin Nail, Yang Dipertua PTD Gred M52
    6. Majlis    Daerah     Kuala     Selangor

    (MDKS)

    Encik Haris bin Kasim, Yang Dipertua

    mulai PTD Gred M52

    7. Majlis Perbandaran (MPSJ) Subang Jaya Belum    dibuat    pengisian.    Kekosongan jawatan mulai 14 Februari 2011.
    8. Majlis      Perbandaran

    (MPS)

    Selayang YBhg Dato’ Zainal Abidin bin A’ala, Yang

    Dipertua PTD Gred Utama C

    9. Majlis        Perbandaran (MPSp) Sepang Encik Mohd Sayuthi bin Bakar, Yang Dipertua PTD Gred M54 (Memangku)
    10. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Belum    dibuat    pengisian.    Kekosongan

    jawatan mulai 16 Februari 2011.

    11. Majlis      Daerah      Kuala (MDKL) Langat Encik Abdul Razak bin Jaafar, Dipertua PTD Gred M54 Yang
    12. Majlis     Daerah     Sabak

    (MDSB)

    Bernam Encik Zailani bin Kadir, Yang Dipertua

    PTD Gred M52

  3. Adakah ahli-ahli politik boleh dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan Datuk Bandar atau Yang Dipertua seluruh PBT-PBT?

    1. Ahli politik boleh dilantik bagi mengisi jawatan Datuk Bandar / Yang Dipertua  PBT  kerana ia merupakan ‘Waran Terbuka’.

Lampiran

Tiada Lampiran.