Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
50) PERLANTIKAN AJK MASJID
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Terdapat aduan pemilihan, pengundian dan lantikan AJK masjid yang meragukan dan mendapat bantahan masyarakat. Mengapakah perkara ini terjadi sehingga boleh mencemarkan institusi masjid?
Ketidakpatuhan ahli kariah terhadap tatacara pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid
Salah tafsir ahli kariah terhadap Mesyuarat Agung Khas Pencalonan yang menganggap sebagai mesyuarat pemilihan dan pelantikan. Sedangkuasa pelantikan pegawai dan jawatankuasa Masjid adalah kuasa mutlak MAIS seperti mana yang dinyatakan di dalam peruntukkan Kaedah 6, Kaedah –kaedah pegawai dan jawatankuasa kariah (Negeri Selangor) pindaan 2011.
-
Nyatakan bilangan bantahan dan masjid yang terlibat dalam hal ini pada 2012?
Bilangan bantahan adalah seperti berikut ;
Klang – 6
Petaling – 9
Sabak Bernam – 1
Gombak – 10
Hulu Langat – 4
Kuala Langat – 2
-
Apakah langkah untuk memastikan keharmonian institusi masjid tidak terus dicemari?
Antara langkah-langkah adalah seperti berikut :
- Kursus – kursus berkaitan pemahaman enakmen dan kaedah
- Pendedahan kepada tadbir urus yang baik melalui Seminar, Kursus dan Konvensyen iii) Titah perintah DYMM Sultan Selangor di “Frame” dengan saiz AO di semua Masjid –masjid Negeri Selangor.