Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

27) PERLANTIKAN AHLI MAJLIS

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Ahli Majlis MPKj telah dilantik dan selamat menerima tugas dengan mengangkat sumpah pada bulan Julai baru-baru ini. Bagaimanakah pembahagian tugas mereka dilakukan?

    Ahli Majlis diminta menganggotai mana-mana jawatankuasa mengikut keutamaan dan
    tidak lebih daripada tiga jawatankuasa yang ditetapkan.

  2. Apakah hak dan kuasa yang diberi kepada ahli-ahli majlis berkenaan?

    Membahas dan membincangkan usul-usul yang dibangkitkan.

  3. Adakah peruntukan diberi kepada ahli-ahli majlis bagi menjalankan tugas mereka secara lebih berkesan ?

    Majlis Perbandaran Kajang menyediakan peruntukan sebanyak RM 5000.00 seorang
    untuk tempoh 6 bulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.