Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

104) PERLANTIKAN AHLI JAWATAN KUASA MASJID

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah ada perubahan dalam syarat perlantikan ahli jawatan masjid di Negeri Selangor pada tahun 2015?

    Kaedah lama masih dikekalkan dalam pemilihan dan pelantikan ahli jawatankuasa masjid di Negeri Selangor, namun terdapat beberapa pindaan dalam Kaedah- Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah Negeri Selangor (Pindaan) 2001 yang akan membenarkan MAIS bagi melantik Imam sebagai Pengurus dan Penolong Pengurus di beberapa buah masjid tertentu seperti di masjid- masjid yang baru dibina dan di beberapa buah masjid yang menghadapi masalah pengurusan.

  2. Berapakah jumlah ahli jawatankuasa masjid yang dilantik pada tahun 2015 mengikut daerah?

    Jumlah terkini bilangan masjid di Negeri Selangor adalah sebanyak 408 buah masjid. Berikut adalah jumlah bilangan jawatankuasa masjid mengikut pecahan daerah masing- masing:

    BIL. DAERAH BILANGAN MASJID JUMLAH AJK

    ( 21 ORANG SETIAP MASJID)

    1. PETALING 82 1722
    2. HULU LANGAT 50 1050
    3. GOMBAK 43 903
    4. SEPANG 25 525
    5. KUALA SELANGOR 58 1218
    6. KUALA LANGAT 33 693
    7. SABAK BERNAM 47 987
    8. HULU SELANGOR 24 504
    9. KLANG 46 966
    JUMLAH 408 8568

     

Lampiran

Tiada Lampiran.