Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

250) PERLAKSANAAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah yang sudah diberikan kepada pewaris-pewaris sejak skim ini dilaksanakan. Sila terangkan mengikut DUN.

    Sehingga 26 Jun 2009, jumlah bayaran yang telah diberikan (sekurang-kurangnya bayaran pertama) kepada pewaris-pewaris warga emas yang telah mendaftar ke Skim Mesra Usia Emas ialah RM 8,547,000.00. Ia meliputi sejumlah 5.98% atau 4,734 daripada 79,119 pendaftaran ke Skim Mesra Usia Emas. Dengan demikian, statistik pecahan penerima (tidak termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) adalah seperti di Lampiran B.

  2. Berapa kes penipuan wang SMUE telah dilaporkan dan berapa kes Ômultiple claimÕ telah berlaku? Sila nyatakan jika ada

    Setakat 26 Jun 2009, terdapat hampir 20 kes cubaan tuntutan berganda telah dapat dikesan oleh pihak Rantaian Mesra Sdn. Bhd. Selaku pengendali Skim ini. Walau bagaimanapun, semua kes tersebut telah dapat dielakkan dan diselesaikan dengan baik.

  3. Mengapakah kawan dibenarkan untuk menjadi penerima SMUE?

    Ketika urusan pendaftaran ke Skim Mesra Usia Emas dibuat, maklumat dan rekod penama atau pewaris adalah sangat penting bagi urusan menyalurkan manfaat ke atas Skim ini. Penama atau pewaris yang dimaksudkan boleh terdiri daripada saudara-mara terdekat, kawan atau mana-mana pertubuhan yang dipersetujui oleh warga emas itu sendiri secara bertulis ketika memohon. Di dalam kes terpencil seperti ini, kawan boleh dijadikan sebagai penama jika warga emas tersebut tidak mempunyai waris atau saudara-mara terdekat.

    Walau bagaimanapun, beberapa prosedur yang telah ditetapkan oleh Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) hendaklah dipatuhi dan Surat Kebenaran daripada pemohon (warga emas) mesti disertakan semasa permohonan dibuat.