Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
86) PERLAKSANAAN PROJEK MELALUI TAWARAN TENDER TERBUKA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak projek yang ditawarkan melalui tender terbuka sepanjang tahun 2008-2012 dan berapa banyak projek yang telah terbengkalai atau lewat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan?
Berikut merupakan jumlah projek melalui tender terbuka yang ditawarkan sepanjang tahun 2008-2012 dan bilangan projek yang ditamatkan dan lewat dari jadual:-
Bil Tahun Bil Projek yang ditenderkan Bil projek yang ditamatkan Bil projek yang lewat dari jadual 1. 2008 18 1 0 2. 2009 24 0 0 3. 2010 47 1 0 4. 2011 65 2 1 5. 2012 74 7 2 JUMLAH 228 11 3 -
Senaraikan projek-projek yang lewat siap mengikut nama projek, nama syarikat dan nilai projek mengikut daerah dalam negeri Selangor.
Senarai projek-projek tender yang lewat siap dan projek tender yang ditamatkan mengikut Nama Projek, Nama Syarikat dan Nilai projek adalah seperti berikut:-
Bil Nama Projek Nama Syarikat
Nilai Projek (RM) Catatan 1. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bangi, Mukim Kajang, Daerah
Hulu Langat, Selangor
Darul Ehsan
Hisniaga Bina Sdn. Bhd. 4,216,512.95 Projek lewat kerana hak milik tanah belum selesai. 2. Kerja-kerja Pembinaan Kolam Takungan Banjir
Serta Kerja-kerja Lain
Yang Berkaitan di
Kawasan Perindustrian
Bukit Raja, Daerah
Klang, Selangor Darul
Ehsan
Asas Kasturi (M) Sdn. Bhd 2,550,209.00 Projek lewat kerana Kontraktor lewat menerima lukisan pembinaan. 3. Cadangan Membina dan Menyiapkan 1 Blok 4 Tingkat, sebuah bangunan kantin dan kerja-kerja lain yang berkaitan di SRA Bandar Bukit Puchong, Daerah Sepang
Selangor
Trisaga Construction
Sdn Bhd
6,250,000.00 Tarikh tamat : 26 November
2010
4. Membina dan Menyiapkan SRA
Seksyen 24, Shah
Alam, Daerah Petaling,
Selangor Darul Ehsan
Base Fokus Sdn Bhd 4,772,722.00 Tarikh tamat : 18 Julai 2012 5. Menaiktaraf Laluan Negeri B58 Jalan
Banting-Raba, Daerah
Kuala Langat, Selangor
Darul Ehsan
Inspirasi Perkara Sdn
Bhd
32,950,004.80 Tarikh tamat : 9 Julai 2012 6. Membina dan Menyiapkan Masjid
Dato’ Haji Kamaruddin,
Daerah Petaling,
Selangor Darul Ehsan
Mywa Synergy Sdn
Bhd
7,100,500.00 Tarikh tamat : 31 Oktober
2012
7. Membina dan Menyiapkan Blok 4
Tingkat Bangunan Sekolah, Kantin dan lain-lain kerja untuk SRA Sungai Tangkas dalam Daerah Hulu Langat Selangor
Mamfor Construction
Sdn Bhd
5,272,420.00 Tarikh tamat : 1 Februari
2013
8. Cadangan Membaikpulih dan
Menaiktaraf Masjid
Jamek Raja Uda,
Seksyen 16 Shah Alam,
Daerah Petaling
Selangor Darul Ehsan
Cater Construction
Enterprise
Sdn Bhd
1,572,680.00 Tarikh tamat : 28 September
2012
9. Membina Jalan Penyambung Dan
Menaiktaraf Jalan Abdul
Manan di Antara Jalan
Kapar dan Jalan Meru,
Daerah Klang, Selangor
Darul Ehsan
UA Construction
Sdn Bhd
3,300,113.50 Tarikh tamat : 16 Mei 2013 10. Cadangan Membina dan Menyiapkan Masjid Seksyen 7, Di Jalan Kristal 7/70, Seksyen 7,
Shah Alam, Daerah
Petaling, Shah Alam
Lanhill Consolidated
(M) Sdn Bhd
7,305,208.60 Tarikh tamat : 17 Mei 2013 11. Membina Dan Menyiapkan Sebuah
Kunci Air Bagi
Menaiktaraf Sistem
Saliran Di Bagan
Nakhoda Omar (BNO)
Daerah Sabak Bernam
Selangor Darul Ehsan
Myasas Engineering
Sdn Bhd
1,233,838.00 Tarikh tamat : 22 Ogos 2011
12. Membina Dan Menyiapkan Parit
Konkrit Berbentuk ‘U’
Dan Kerja-Kerja
Berkaitan Di Jalan
Panchang Bedena,
Sungai Besar, Daerah
Sabak Bernam,
Selangor
Sole Resources
Sdn Bhd
2,496,320.00 Tarikh tamat : 14 Ogos 2012
13. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Seputeh di Kampung Tasik Permai Mukim Ampang Daerah Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan –
Fasa 1
Lestari Services Sdn
Bhd
746,270.00 Tarikh tamat : 23 November
2012
-
Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi memastikan projek ditawarkan melalui tender terbuka kerajaan siap dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan?
I Di peringkat pra-kontrak dan pengurusan kontrak:-
- Selaras dengan Arahan Perbendaharaan, semua kontraktor yang ditawarkan projek bernilai melebihi RM200,000.00 hendaklah mengemukakan bon pelaksanaan dengan nilai yang telah ditetapkan di antara 2.5% sehingga 5%. Bon Pelaksanaan adalah suatu bentuk jaminan sebagai pegangan kerajaan bagi melindungi kepentingan dan memastikan kontraktor melaksanakan tanggungjawabnya di bawah obligasi kontrak termasuk memastikan projek siap seperti dijadualkan;
- Kerajaan berhak mengenakan Liquidated Ascertain Damages (LAD) mengikut nilai yang ditetapkan di dalam kontrak sebagai denda yang dikenakan di atas kelewatan pihak kontraktor;
- Menyemak pengalaman dan prestasi kontraktor sebelum dibuat pengesyoran untuk tawaran kerja; dan
- Meminta kontraktor mengemukakan program kerja sebagaimana klausa 12.0 Syarat-syarat kontrak
II Di peringkat koordinasi projek dan pos-kontrak:-
- i) Memastikan masalah hakmilik tanah dan masalah utiliti telah diselesaikan terlebih dahulu sebelum melaksanakan tender; dan
- ii) Memperkasakan peranan Pegawai Penguasa sebagai pemantau kemajuan kerja di tapak.