Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

228) PERLAKSANAAN PROGRAM ‘ZERO WASTE’ DI MBSA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha MBSA untuk melaksanakan program 'Zero Waste'?

    Dalam melaksanakan konsep Zero Waste, MBSA telah merangka pelbagai pelan jangka panjang ke arah perlaksanaan konsep ini melalui :

    1.                        Penyediaan Pelan Induk Pengurusan Sisa Pepejal Shah Alam

    • Pelan induk ini merangkumi setiap aspek di dalam pengurusan sisa iaitu bermula daripada penghasilan sisa kepada kutipan sisa, stesen pemindahan, pengasingan sisa, rawatan dan akhirnya pelupusan. Peranan pelan induk ini adalah untuk melibatkan penggunaan teknologi dan memperkasakan amalan 3R sebagai salah satu kaedah di dalam pengurusan sisa yang efisien. Selain itu, ia melibatkan setiap  peringkat dan lapisan masyarakat serta multi agensi di dalam kawasan pentadbiran Shah Alam dilibatkan di dalam pengurusan sisa pepejal yang mampan dan bertanggungjawab ke atas sisa yang

     

    2.                       Polisi 3R

    • Polisi ini diwujudkan sebagai garis panduan perlaksanaan amalan 3R oleh setiap lapisan masyarakat dan setiap premis kediaman, komersial, industri yang beroperasi di kawasan Shah Alam. Polisi ini turut merangkumi peranan agensi kerajaan dan swasta dalam memperkasakan dan membudayakan amalan

    3.                  Pelan Perancangan Strategik MBSA (2016-2020)

    • Pelan ini digubal untuk memastikan MBSA sentiasa relevan dan efektif dengan mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat, meningkatkan tadbir urus dan memenuhi kehendak masyarakat pada masa

    Melalui penyediaan pelan jangka panjang ini, sasaran MBSA adalah untuk:

    1. Mengurangkan sisa yang dijana oleh setiap penduduk Shah Alam yang mana pada masa kini seorang individu menghasilkan jumlah sisa 5kg/seorang.
    2. Mengurangkan kos pengurusan dan pelupusan sisa pepejal yang perlu ditanggung oleh
    • Meningkatkan peratusan kitar semula Shah Alam dari 5% kepada 20% menjelang
    1. Menggunakan teknologi dalam usaha mengurangkan sisa yang dilupuskan ke tapak pelupusan secara tidak langsung memanjangkan hayat tapak
    2. Menggunakan sisa yang dijana dan dilupuskan sebagai salah satu sumber tenaga yang dapat dimanfaatkan oleh MBSA dan warga Shah Alam

     

    MBSA komited di dalam melaksanakan program ‘Zero Waste’ untuk Shah Alam yang mana pelbagai program telah dilaksanakan bagi mencapai konsep ‘Zero Waste’ ini. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

     

    i.                    Program Pengurangan Sisa

     

    • Kempen Bebas Polistrene

    MBSA telah melaksanakan program ini bermula pada tahun 2016 dan pada 2017 semua premis gerai milik MBSA telah diarahkan tidak menggunakan polistrene sepenuhnya. Selain itu, program ini melibatkan semua premis makanan milik persendirian yang beroperasi di kawasan Shah Alam.

     

    –          Kempen Bebas Plastik

    Program bebas plastik beg ini merupakan inisiatif pihak kerajaan negeri yang mana MBSA telah melaksanakan program di seluruh premis perniagaan milik MBSA dan premis perniagaan milik persendirian yang beroperasi di kawasan Shah Alam bermula pada tahun 2017.

     

    –          Program Hijrah Hijau

    Merupakan program yang dilaksanakan secara usaha sama dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor melibatkan masjid dan surau di Shah Alam yang mana program ini telah dilaksanakan pada tahun 2016. Memberi Fokus Kepada 7 Teras Iaitu:-

     

    • Menerapkan amalan 3R (Reduce, Reuse & Recycle)
    • Kesedaran Tentang Penjimatan Penggunaan Air
    • Kesedaran Tentang Penjimatan Penggunaan Elektrik
    • Amalan Eco-5S
    • Membantu Memelihara Alam Sekitar
    • Bertukar Kepada ECO Menu@Menu Sihat
    • Mengamalkan Gaya Hidup Lestari

     

    • Program Mini Zee Bee

    Program ini telah diperkenalkan pada tahun. Merupakan satu pertandingan bagi merebut Anugerah Kejiranan Hijau – Zon Bersih Mini MBSA. Pertandingan ini disediakan untuk Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) MBSA. Mini Zee Bee diperkenalkan bagi membudayakan kebersihan sebagai amalan seharian serta mempromosikan amalan  inisiatif hijau. Menjadikan agenda kebersihan sebagai asas perpaduan dan keselamatan komuniti

     

    ii.                  Program Pengasingan Sisa

     

    • Pengasingan Sisa dari Punca

    MBSA telah mengambil langkah dengan melaksanakan program pengasingan sisa dari rumah secara projek rintis bermula pada Oktober 2015 yang melibatkan 5 lokasi dan penglibatan sejumlah 1,849 unit rumah ‘landed’. Pada Oktober 2016, MBSA telah melanjutkan program ini bagi fasa ke 2 dan melibatkan 5 lokasi dan sejumlah 3,500 unit rumah ‘landed’. Pada tahun 2018, pihak MBSA merancang untuk melaksanakan program pengasingan sisa dari rumah di seluruh kawasan Shah Alam melibatkan  semua  premis  di kawasan Shah Alam.

     

    –          Tong Pengumpulan Pakaian Terpakai

    Program ini telah dilaksanakan secara usaha sama dengan Syarikat Life Line Clothing Malaysia Sdn. Bhd. bermula pada tahun 2016. Pihak syarikat telah membekalkan tong koleksi pengumpulan pakaian terpakai di beberapa lokasi di Shah Alam. Sehingga kini terdapat sejumlah 15 tong pengumpulan ditempatkan di kawasan Shah Alam untuk kemudahan penduduk.

     

    • Pengumpulan E-Waste

    MBSA telah menjalankan kempen kesedaran pembuangan sisa elektronik (E-Waste) di kalangan masyarakat dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2016. Edaran pamphlet berkenaan menguruskan sisa ini telah diedarkan untuk pengetahuan penduduk. Penduduk boleh menghantar e-waste mereka terus ke pusat kitar semula milik MBSA. Pada tahun 2017, MBSA telah menjalinkan usaha sama dengan pihak Syarikat Jaring Metals Sdn Bhd sebagai pusat pengumpulan dan pemprosesan e-waste Shah Alam.

     

    iii.                Program Kitar Semula

     

    • Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah

    Telah dilaksanakan bermula pada tahun 2007 sehingga kini dengan kerjasama pihak Syarikat Fraser & Neave Holdings yang mana Syarikat Fraser & Neave Holdings ini merupakan penaja hadiah wang tunai untuk sekolah yang memenangi pertandingan. Tujuan kempen ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan dan  membudayakan  amalan  kitar  semula di peringkat awal usia kanak-kanak.

    –          Kempen Kitar Semula Peringkat MPP (Majlis Perwakilan Penduduk)

    Telah dilaksanakan bermula pada tahun 2010 sehingga kini melibatkan 24 MPP Shah Alam. Tujuan kempen ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan dan membudayakan amalan kitar semula di peringkat penduduk.

    • Kempen Kitar Semula Peringkat Bangunan Wisma MBSA Telah dilaksanakan bermula pada tahun 2010 sehingga kini melibatkan semua Jabatan Di Bangunan MBSA dan penyewa. Tujuan kempen ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan dan membudayakan amalan  kitar  semula  di peringkat warga kerja dan penjawat

     

    –          Pusat Kitar Semula

    MBSA telah menyediakan 5 lokasi pusat kitar semula yang berdekatan dengan kawasan kediaman penduduk untuk memudahkan penduduk menghantar barang kitar semula. Lokasi pusat kitar semula Shah Alam adalah seperti berikut:

    • Pusat Kitar Semula Seksyen 6
    • Pusat Kitar Semula Seksyen 11

     

    • Pusat Kitar Semula Seksyen 17
    • Pusat Kitar Semula Seksyen 25
    • Pusat Kitar Semula Seksyen U8

     

    –          Penempatan Tong Kitar Semula MBSA

    Ke arah usaha mempertingkatkan kadar peratus kitar semula Shah Alam, pihak MBSA telah menempatkan tong kitar semula di beberapa lokasi di kawasan pusat bandar. Kutipan bahan kitar semula di tong ini dilaksanakan dengan kekerapan 1x seminggu iaitu setiap hari Khamis oleh Inhouse MBSA. Lokasi penempatan tong kitar semula di kawasan pusat bandar Shah Alam adalah seperti berikut :

    • Bus stop hadapan kompleks PKNS, Jalan Persiaran Dato’ Menteri
    • Bus stop hadapan kompleks PKNS, Jalan Persiaran Tasik
    • Hentian Bas Pusat Bandar Shah Alam, Seksyen 14
    • Bus stop Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran
    • Tingkat LG Wisma MBSA

     

    –          Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai

    Telah dilaksanakan secara usaha sama dengan Syarikat Uni10 Energy Sdn Bhd bermula pada tahun 2016 yang mana minyak masak terkumpul di proses kepada biodiesel. Pihak MBSA sedang dalam kajian bagi menggunakan biodiesel yang dihasilkan untuk kegunaan pihak MBSA.

    –          Program Larian Kitar Semula & Jalan Santai 10,000 Langkah

    MBSA telah menganjurkan program Larian Kitar Semula dan Jalan Santai 10,000 Langkah yang mana yuran penyertaan berupa barang-barang kitar semula. Melalui perlaksanaan program ini secara tidak langsung dapat mempromosikan amalan kitar semula di samping menggalakkan peserta untuk mengamalkan dan membudayakan amalan 3R.

     

    • Eco Free Market

    Melalui program Hari Tanpa Kenderaan, MBSA menganjurkan Eco Free Market ini yang mana secara tidak langsung mengurangkan sisa yang dilupuskan ke tapak pelupusan, membentuk masyarakat yang prihatin dan membentuk masyarakat yang tidak membazir.

     

    iv.                Pengkomposan

     

    • Pengkomposan Sisa Makanan

    Sisa makanan mencatatkan peratusan tertinggi dalam komposisi sisa yang dijana yang mana 45% daripada sisa pepejal merupakan sisa makanan. Untuk  mengurangkan sisa makanan yang dilupuskan ke tapak pelupusan, MBSA telah merancang untuk menggunakan teknologi pengkomposan sisa makanan di pasar dan gerai milik MBSA. Disasarkan bermula pada tahun 2016 sehingga 2021, 2 unit mesin pengkomposan sisa akan ditempatkan di pasar dan gerai milik MBSA. Pada tahun 2016, 2 unit mesin pengkomposan sisa makanan telah di tempat di Pasar Seksyen 16. Manakala pada tahun 2017, sejumlah 5 unit mesin pengkomposan sisa makanan telah di pasang iaitu 1 unit di pasar seksyen 16 dan 4 unit di gerai Seksyen 7, 11,

    19 & 24.

     

    –          Pengkomposan Sisa Kebun

    Dilaksanakan secara inhouse oleh MBSA di mana pusat pengkomposan ini terletak di Seksyen 17. Sisa kebun diperolehi daripada kerja-kerja cantasan pokok dan landskap Shah Alam. Baja kompos yang dihasilkan digunakan semula untuk tanaman landskap Shah Alam dan penduduk yang menjalankan program kebun komuniti. Baja ini turut disalurkan ke sekolah yang terlibat di dalam program kebun komuniti @mysekolah.

     

    v.                  Pendidikan Alam Sekitar

     

    • Program Pembersihan Sungai

    MBSA telah melaksanakan program ini pada tahun 2016 melibatkan pelajar IPTA / IPTS yang mana antara aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan pesisir sungai dan menanam pokok-pokok. Melalui aktiviti tersebut bahan kitar semula dapat dikumpulkan dan pesisir sungai menjadi lebih bersih.

     

    –          Kem Kesedaran Alam Sekitar

    Bermula pada tahun 2016, MBSA telah melaksanakan program kem kesedaran alam sekitar yang mana peserta terdiri daripada pelajar sekolah berusia 10 – 15 tahun. Peserta didedahkan dengan kaedah pengurusan sisa yang betul, amalan 3R dan menghargai alam sekitar.

     

    –          Kebun Komuniti @mysekolah

    Bagi menggalakkan amalan hijau di kalangan awal usia kanak-kanak, MBSA telah melaksanakan program ini. Penyertaan terdiri daripada sekolah-sekolah di Shah Alam. Setiap sekolah dibekalkan dengan pokok buah-buahan dan sebagainya serta diberi maklumat berkaitan kaedah penanaman dan penjagaan kebun tersebut.

     

    • Green Initiative For Taska

    Bagi memperkasakan amalan hijau di peringkat Taska, MBSA telah melaksanakan GIFT yang mana amalan hijau serta konsep 3R turut ditekankan di dalam program ini. Pendidik taska diberi pendedahan berkaitan info dan maklumat tentang kaedah pengurusan sisa serta berseronok di dalam menjalankan aktiviti kitar semula bersama kanak- kanak taska (Have fun with recycle).

     

    vi.                Promosi

     

    • Penggunaan Bill Board
    • Laman Web, FB, Twitter
    • Media cetak & elektronik
    • Kenderaan Milik MBSA

    Penggunaan media cetak dan media elektronik adalah bertujuan untuk mempromosikan setiap program yang dirancang oleh pihak MBSA ke arah menjadikan Shah Alam bersih, indah dan lestari. Kenderaan milik MBSA dipasang dengan pelekat yang mempromosikan tentang 3R, pengurusan sisa yang betul, info berkaitan denggi dan sebagainya.

  2. Berapakah peruntukan disediakan untuk melaksanakan program 'Zero Waste'?

    MBSA telah memperuntukkan sejumlah peruntukan bagi melaksanakan program Zero Waste. Jumlah peruntukan yang telah disediakan untuk melaksanakan program ‘Zero Waste’ adalah seperti berikut :

     

    BIL PERKARA JUMLAH

    PERUNTUKKAN

    1. Program Pengurangan Sisa 10,000.00
    2. Kempen kebersihan dan 3R 200,000.00
    3. Program Pengasingan Sisa dari Rumah 100,000.00
    4. Pengkomposan Sisa 500,000.00
    5. Pendidikan Alam Sekitar 20,000.00

     

     

     

    BIL PERKARA JUMLAH

    PERUNTUKKAN

    6. Penyediaan Pusat Kitar Semula 20,000.00
    7. Pembelian plastik biodegradable 75,000.00
    8. Promosi & Percetakkan 25,000.00
    JUMLAH 950,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.