Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
336) PERLAKSANAAN PROGRAM INSAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagi tahun 2024, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mencarum semula Skim Insuran INSAN bagi rakyat Selangor dan diberikan sekali lagi hak pembelian premium insuran kepada Syarikat Wavpay Fintech seperti sebelum ini?
Memandangkan Program INSAN Takaful masih lagi dibuka untuk pendaftaran sehingga Ogos 2024, tiada lagi perancangan setakat ini untuk meneruskan Program INSAN Konvensional bagi tahun 2024.