Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
155) PERLAKSANAAN PERMOHONAN LESEN BERNIAGA SECARA ATAS TALIAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk melaksanakan permohonan lesen berniaga baru dan pembaharuan atas talian secara keseluruhan di semua PBT?
Sejak tahun 2020, Kerajaan Negeri melalui PBT telah melaksanakan permohonan lesen berniaga baru dan pembaharuan lesen atas talian. Namun begitu, bagi tiga (3) PBT iaitu Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), pelaksanaan inisiatif tersebut masih dalam peringkat perancangan.
-
Apakah statistik terkini permohonan lesen baru pada setiap PBT (jika ada)?
Statistik terkini permohonan lesen baru secara atas talian mengikut PBT adlaah seperti berikut.
-
Apakah cabaran dan halangan dari segi PBT dan pelanggan (pemohon lesen perniagaan) yang dihadapi dan cara penyelesaian?
Pada peringkat awal pelaksanaan permohonan lesen secara atas talian, pelanggan mengalami kesukaran untuk memahami cara-cara untuk memohon lesen. Antara isu yang kerap dihadapi oleh PBT adalah permohonan yang tidak lengkap oleh pelanggan dan masalah pemahaman pelanggan yang berbeza terhadap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PBT. Walau bagaimanapun, pihak PBT menyediakan kaunter khidmat pelanggan secara khusus untuk membantu pelanggan untuk melengkapkan permohonan lesen secara atas talian. Perkhidmatan One-To-One Teaching juga turut disediakan bagi membantu sebarang masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Selain itu, pihak PBT turut menyediakan talian serta emel untuk pelanggan hubungi sekiranya terdapat sebarang aduan berkenaan permohonan lesen secara atas talian.