Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
67) PERLAKSANAAN OSCC
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah nilai tambah yang disuntik dalam memberdaya perlaksanaan Pusat Krisis Sehenti (OSCC)?
Pusat Khidmat Krisis Sehenti atau lebih dikenali dengan singkatan OSCC adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mempromosi perkhidmatan kaunseling dan khidmat nasihat yang telah sedia ada di hospital-hospital kerajaan di negeri Selangor seperi Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan Hospital Kajang.
Kerajaan Negeri yakin bahawa program-program promosi ke atas OSCC membolehkan rakyat di Selangor yang memerlukan khidmat kaunseling memperoleh perkhidmatan yang disediakan di hospital berkenaan.
Kempen promosi OSCC yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat meliputi pendedahan kepada orang ramai mengenai perkara-perkara seperti berikut :
- Fungsi dan peranan OSCC;
- Peruntukan undang-undang yang memberi perlindungan kepada orang ramai termasuk wanita, kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan dan keganasan; dan
- Jenis-jenis keganasan fizikal dan mental.
Kempen promosi seperti ini pastinya memberi pengetahuan dan pendedahan kepada orang ramai mengenai kemudahan yang sedia ada.
-
Apakah ada peningkatan yang signifikan dari segi aduan yang dilaporkan kepada OSCC, sila berikan data-data terkini kegunaan tanah bagi 3 bulan terakhir
Kesan signifikan yang wujud adalah kesedaran orang ramai tentang kewujudan perkhidmatan OSCC semakin meningkat. Ramai orang dapat memahami fungsi serta peranan OSCC dalam memberi rawatan dan perkhidmatan yang menyeluruh kepada mangsa-mangsa keganasan yang datang ke OSCC yang terdapat di hospital-hospital kerajaan di Selangor. Kerajaan Negeri telah dapat maklum balas yang positif terutamanya Badan Bukan Kerajaan (NGO) di mana mereka menyatakan kesudian dalam membantu Kerajaan Negeri untuk melaksanakan kempen kesedaran di Selangor. Berikut merupakan kes-kes yang dilaporkan di OSCC :
BIL JENIS KEGANASAN BILANGAN YANG DILAPORKAN 1. Rogol 349 2. Penderaan Isteri / keganasan rumah tangga 528 3. Penderaan kanak-kanak (lelaki) 35 4. Penderaan kanak-kanak (perempuan) 20 5. Liwat (lelaki) 11 6. Liwat (wanita) 9 -
Apakah kes-kes yang paling popular dilaporkan kepada OSCC?
Kes-kes yang popular yang dilaporkan adalah seperi berikut :
- i) Rogol
- ii) Liwat
- iii) Penderaan
- iv) Keganasan rumah tangga