Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

225) PERLAKSANAAN GAJI MINIMA

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah & manakah syarikat GLC atau swasta telah melaksanakan gaji minima RM1500?

    Sebagaimana sedia maklum, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan sejumlah RM300 juta bagi tujuan pelaksanaan 17 agenda di bawah Geran

    Selangorku. Dalam proses mengagihkan peruntukan di bawah geran ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi melaksanakan gaji minimum di semua anak syarikat milik Kerajaan Negeri bertujuan merapatkan jurang pendapatan dan meningkatkan taraf sosioekonomi di kalangan kakitangan sejajar dengan kenaikan kos sara hidup kini.

    Menteri Besar Incorporated (MBI) berperanan menentukan kaedah pembahagian dan pengagihan peruntukan ini kepada semua anak syarikat berkenaan berdasarkan program yang berteraskan kemahiran kompetensi (kursus / seminar / bengkel) dan kemahiran baru (reskilling).

    Buat masa ini, MBI sedang menyelaras penetapan kaedah pelaksanaan yang standard untuk diterimapakai di semua anak syarikat berkenaan.

  2. Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan jika GLC tidak melaksanakan gaji minima RM1500?

    Semua anak syarikat milik Kerajaan Negeri diwajibkan melaksanakan program gaji minimum ini selaras dengan arahan yang ditetapkan. Kemajuan pelaksanaan agenda ini dipantau sepenuhnya oleh MBI.

Lampiran

Tiada Lampiran.