Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

336) PERKUBURAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah caruman Tabung Amanah Perkuburan yang dikumpulkan dan dibelanjakan mengikut daerah sehingga tahun 2015

    Bermula tahun 2008 sehingga 2015, jumlah terkumpul caruman Akaun Amanah Perkuburan adalah sebanyak RM116,402,071.14 (Ringgit Malaysia: Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM76,519,088.82 (Ringgit Malaysia: telah dibelanjakan bagi melaksanakan projek-projek menaiktaraf infrastruktur di kawasan perkuburan. Perincian caruman serta jumlah perbelanjaan yang telah menggunapakai Akaun Amanah Perkuburan mengikut daerah adalah seperti di lampiran.

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menubuhkan satu unit khas perkuburan untuk menguruskan hal ehwal tanah atau petak perkuburan di setiap daerah? Jika tidak, nyatakan sebabnya

    Satu Jawatankuasa khas telah dibentuk iaitu Jawatankuasa Tabung Amanah khusus bagi memproses dan seterusnya meluluskan permohonan projek-projek daripada Pejabat Daerah/Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk melaksanakan projek infrastruktur melibatkan kawasan perkuburan yang menggunapakai Akaun Amanah Perkuburan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan turut dianggotai oleh beberapa Pegawai Tertinggi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, selaras dengan Garis Panduan Akaun Amanah Perkuburan bertarikh ………

     

    Jawatankuasa ini akan bersidang sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

     

    Setelah permohonan projek diluluskan dalam Jawatankuasa ini, satu mesyuarat berkala iaitu Mesyuarat Pemantauan Akaun Amanah diadakan sebulan sekali khusus bagi memantau pelaksanaan projek. Semua Pejabat/Daerah Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu melaporkan prestasi pelaksanaan perbelanjaan dan pembangunan fizikal setiap projek bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual, kos dan spesifikasi yang telah diluluskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.