Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
45) PERKUBURAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah caruman Tabung Amanah Perkuburan yang dikumpulkan dan dibelanjakan mengikut daerah sejak 2008
Akaun Amanah Perkuburan ditubuhkan pada tahun 1 Oktober 2001 dan diurus setia oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Selangor. Akaun Amanah ini mula diambil alih oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) pada tahun 2009 dengan merujuk kepada Arahan Amanah bertarikh 1 Mac 2009. Jumlah Terimaan Akaun Amanah Perkuburan sejak tahun 2008 sehingga 30 Jun 2017 bagi sembilan (9) buah daerah di Negeri Selangor adalah sebanyak RM54,895,710.90. Manakala jumlah perbelanjaan Akaun Amanah Perkuburan sejak tahun 2008 sehingga 30 Jun 2017 pula adalah sebanyak RM45,790,129.94.
Ringkasan caruman dan perbelanjaan Akaun Amanah Perkuburan mengikut daerah mulai tahun 2008 sehingga 30 Jun 2017 adalah seperti jadual berikut:
Bil Daerah Terimaan (RM)
Perbelanjaan (RM)
1 Petaling 7,635,671.75 5,640,558.90 2 Gombak 6,407,215.50 4,588,536.29 3 Klang 7,301,952.50 4,565,648.45 4 Hulu Langat 3,226,214.45 1,631,116.07 5 Sepang 15,883,033.85 20,746,017.43 6 Kuala Langat 9,703,522.50 5,422,009.11 7 Kuala Selangor 2,459,593.05 1,213,745.54 8 Hulu Selangor 1,501,405.00 1,390,372.62 9 Sabak Bernam 777,102.30 592,125.53 JUMLAH 54,895,710.90 45,790,129.94 *Sumber: Bendahari Negeri, Perbendaharaan Negeri Selangor
-
Senaraikan tanah rizab perkuburan yang diwartakan dan belum diwartakan mengikut daerah
Jumlah tanah rezab perkuburan yang telah diwartakan di negeri Selangor adalah sebanyak 294 tapak tanah dan tapak yang belum diwartakan pula adalah sebanyak 348 tapak tanah dan perincian mengikut daerah adalah seperti jadual berikut:
BIL DAERAH BILANGAN TAPAK PERKUBURAN YANG TELAH DIWARTAKAN BILANGAN TAPAK PERKUBURAN YANG BELUM DIWARTAKAN 1 Petaling 10 51 2 Gombak 29 30 3 Klang 107 51 4 Hulu Langat 10 81 5 Sepang 31 24 6 Kuala Langat 9 3 7 Kuala Selangor 18 58 8 Hulu Selangor 42 32 9 Sabak Bernam 38 18 JUMLAH 294 348 Senarai tanah rezab perkuburan yang telah diwartakan mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A dan senarai tanah rezab perkuburan yang belum diwartakan mengikut daerah adalah seperti di Lampiran B.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan semua tanah rizab perkuburan diwartakan sebaik sahaja dikenal pasti?
Bagi tapak perkuburan di Negeri Selangor, pihak Kerajaan Negeri sentiasa mengemaskini maklumat yang diterima daripada Pejabat Daerah/Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Bagi tapak-tapak yang belum diwartakan atau tapak baru, langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :
- Semakan akan dibuat dengan Rancangan Tempatan (RT) dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat, Zonning dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) serta mendapatkan pengesahan tapak perkuburan dengan Pejabat Daerah (Unit Pelan Dan Teknikal) untuk mendapat pengesahan berkaitan status tanah dan lokasi tapak.
- Jabatan pemohon akan mendapatkan Pelan Akui (jika ada) daripada Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi permohonan pewartaan. Walau bagaimanapun, jika tapak tersebut tidak mempunyai Pelan, kerja-kerja pengukuran Pelan Pra-Hitungan (Pre-Comp) perlu dibuat oleh Jurukur Tanah Berlesen yang dilantik.
- Selesai proses tersebut, pihak Jabatan akan membuat Permohonan Perizaban Tanah Kerajaan Dibawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara kepada Pejabat Tanah Daerah yang terlibat berserta pelan tersebut untuk diwartakan. Tempoh masa proses pewartaan di Pejabat Tanah Daerah adalah selama enam (6) bulan hingga dua (2) tahun.
Apabila proses pewartaan ini selesai dan diluluskan, pihak Pejabat Tanah Daerah yang terlibat akan memaklumkan kepada pemohon berserta salinan warta. Di dalam salinan warta tersebut akan dinyatakan no warta, tarikh warta, no lot, keluasan, no pelan yang telah diluluskan oleh JUPEM dan kegunaan tanah.
Bagi tapak perkuburan Islam, proses permohonan pewartaan akan melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), bagi tapak perkuburan selain Islam pula, proses pewartaan tanah akan diuruskan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor.