Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

55) PERKHIMATAN WIFI SELANGORKU

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kontraktor yang dilantik?

    Pihak kerajaan negeri telah melantik 2 pembekal perkhidmatan yang mempunyai jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi diseluruh Negeri

  2. Apakah spesifikasi perkhidmatan wifi?

    Kelajuan minima bagi setiap hotspot ialah 30Mbps untuk jaringan prasarana fiber optik dan 8Mbps untuk jaringan prasarana “copper”. Keluasan minima yang boleh dicapai ialah dalam radius 50 meter untuk “indoor” dan 100 meter untuk “outdoor”.

  3. Bagaimanakah dipastikan setiap pemasangan telah mematuhi spesifikasi model, penggunaan dan kepuasan pengguna?

    Setelah pemasangan dilaksanakan, pengesahan mengenai pematuhan spesifikasi adalah berdasarkan persetujuan penerimaan dari pihak pengguna melalui borang Ujian Penerimaan Pengguna (“User Acceptance Test”). Pada masa yang sama, pihak kerajaan negeri juga melakukan pemeriksaan berkala bagi setiap kawasan WiFi hotspot untuk memastikan keberkesanan perkhidmatan

Lampiran

Tiada Lampiran.