Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
47) PERKHIDMATAN WIFI PERCUMA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah dasar kerajaan Negeri terhadap Perkhidmatan WIFI untuk seluruh Selangor?
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan dasar Ubiquitous Wireless Selangor (UWiSEL) pada tahun 2009 iaitu untuk mewujudkan capaian internet secara tanpa wayar yang bersifat sejagat dan merata capaiannya diseluruh Negeri Selangor yang mana ianya adalah selaras dengan dasar Merakyatkan Eknonomi Selangor (MES).
Agenda U-WiSEL adalah merupakan satu pernyataan dasar di mana semua perkhidmatan internet jalur lebar tanpa wayar (wireless/wifi) di Negeri Selangor perlu menjamin:
- LIPUTAN (COVERAGE) menyeluruh tanpa diskriminasi di dalam penyediaan tempat samada di bandar atau pun di luar bandar. –sosial
- CAPAIAN (ACCESSIBILITY) yang memenuhi Kualiti Perkhidmatan (QoS) (kelajuan, uptime dan integriti). – teknologi
- KELESTARIAN (SUSTAINABILITY) alam sekitar termasuk pengawalan pencemaran dan kerosakan (pemandangan, radiasi dll.) – alam sekitar
- IMPAK EKONOMI (ECONOMICAL IMPACT) pengagihan peluang yang samarata dan mampu milik(affordability) – ekonomi
-
Berapakah peruntukkan yang akan dibelanjakan serta bilakah Perkhidmatan WIFI akan diberikan secara percuma bagi seluruh Negeri?
Cadangan peruntukan untuk membiayai kos perkhidmatan wifi percuma bagi seluruh Negeri Selangor adalah sebanyak RM 5 juta setahun Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada penawaran yang boleh diberikan oleh pihak swasta yang mempunyai kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri seperti yang telah di laksanakan dalam projek Selangor Public Intergrated Services (SPINS) dan Hybrid Wireless Infrastructure Network (HyWIN).